• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Kawasan Di 6 Negeri Dikenakan PKPD

oleh
21/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di enam negeri bermula Sabtu ini sehingga 4 Jun.

PKPD tersebut melibatkan beberapa lokaliti di Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Di Terengganu, 15 mukim dalam daerah Besut terlibat iaitu Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bemban, Tenang dan Hulu Besut.

Menurut Ismail, empat mukim di Perak yang dikenakan PKPD ialah daerah Hulu Perak (Mukim Pengkalan Hulu), daerah Larut, Matang dan Selama (Mukim Taiping), daerah Kinta (Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan) dan daerah Muallim (Mukim Hulu Bernam Timur).

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sembilan daripada 17 kluster aktif di negeri Terengganu adalah melibatkan daerah Besut yang telah menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di negeri ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dalam komuniti.

“Untuk di negeri Perak pula, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 119.3 peratus di seluruh negeri bagi tempoh 14 hari (5 Mei sehingga 18 Mei 2021) iaitu 2,035 kes berbanding 928 kes (12 April sehingga 4 Mei 2021) dan peningkatan kes ini juga melibatkan keempat-empat mukim tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada masa sama, Ismail berkata, satu lokaliti di Pahang akan dikenakan PKPD untuk tempoh yang sama iaitu di Rumah Banjir Kuala Teh, Jerantut dan dua lokaliti di Kelantan iaitu Kampung Terusan, Mukim Limbat Pasir Tumboh, Kepulauan Tumpat dan Mukim Sungai Pinang, Tumpat.

Pelaksanaan PKPD di Kepulauan Tumpat melibatkan lokaliti di Teluk Renjuna, Pantai Hj Nik Mat, Pulau Beluru dan Pantai Suri.

Untuk di negeri Sabah pula, beliau berkata, terdapat tiga lokaliti yang mula melaksanakan PKPD bermula Sabtu sehingga 4 Jun iaitu Kampung Getah, Kampung Getah Tengah dan Taman Kunak Jaya, Kunak; Kampung Idani, Semporna dan Kampung Pisang, Tawau.

Sementara itu, satu lokaliti yang akan mula dikenakan PKDP bagi tempoh yang sama di Sarawak adalah di Kampung Boyan, Kuching.

Dalam pada itu, Ismail memaklumkan, PKPD akan dilanjutkan sehingga 4 Jun ini di tujuh lokaliti di Sempalit, Raub, Sabah iaitu Kampung Baru Sempalit, Taman Sempalit Aman, Taman Emas Baru, Taman, Sempalit Indah, Taman Sempalit Jaya, Taman Sempalit Baru dan Taman Emas.

“Turut dikenakan pelanjutan PKPD sehingga 4 Jun depan adalah 16 lokaliti di Sungai Ruan, Raub, Pahang iaitu Taman Dahlia, Taman Cempaka, Taman Mawar, Taman Melor, Taman KSM Sungai Ruan, Taman Bunga Matahari dan Taman Mawar Impian.

“Turut terlibat dalam pelanjutan di daerah Raub itu adalah Taman Orkid, Taman Bunga Raya, Taman Koperasi Mewah, Taman Bunga Tanjung, Rumah Murah Sungai Ruan, Taman Sungai Ruan, Taman Melewar, Taman Bunga Angsana dan Kampung Baru Sungai Ruan,” katanya.

Katanya, kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD di D SMU Pantai Manis, Papar, Sabah sehingga 20 Mei, manakala PKPD di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pula akan ditamatkan pada 21 Mei ini. – Sinar Harian

Tags: Covid-19Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd