Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Isteri Buat Laporan Polis...

TIDAK pasti sama ada benar atau sebaliknya, kecoh jadinya apabila ada khabar angin...

Seks Dengan Kanak-Kanak Bawah...

KUALA LUMPUR - Mana-mana individu yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak berumur 16...

Operasi Cari Warga Emas...

BAGAN DATOH - Usaha mengesan seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas ketika...

Kerajaan Rancang Buka Pejabat...

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang mewujudkan Pejabat Penasihat Pertahanan baharu di Mesir bagi mendokong...

“Bantulah Kami Untuk Bantu Anda Dan Keluarga” – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – “Petugas barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda. Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga.”

Itu rayuan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya awal pagi ini ketika jumlah kes aktif di negara ini merekodkan 78,017 kes setakat semalam.

Sehingga semalam juga, jumlah pesakit yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencecah 846 kes dengan 419 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Negara terus merekodkan peningkatan kes baharu sebanyak 6,9993 kes termasuk enam kes import semalam kini merekodkan 2,729 kematian sejak pandemik dikesan di negara ini awal tahun lalu dengan 79 kematian dilaporkan semalam.

Jumlah kes tertinggi direkodkan kelmarin dengan 9,020 kes.


Menerusi hantaran sebelum ini, Dr Noor Hisham mahu semua pihak untuk sama-sama berperanan dalam mendepani krisis COVID-19.

Tegasnya, penularan COVID-19 di negara ini semakin meruncing dan tidak mustahil jumlah kes akan terus meningkat sehingga menyebabkan katil di ICU, hospital COVID-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 semakin berkurangan dan tidak mencukupi. – BH Online

Kategori