• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Lelaki

oleh
19/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada jam 6.21 pagi tadi.

Bayi seberat 3.84 kilogram (kg) itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Siti dan bayi masing-masing dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat.

Dalam kenyataan media, suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan bayi kedua mereka.

Kenyataan itu menyebut, apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan bayi lancar.

Khalid dan Siti juga menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas doa keluarga, saudara-mara, sahabat-handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat diketuai Dr Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan anak.

Mereka juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini.

Kenyataan media itu menambah, kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharap mengurniakan limpahan rezeki dan rahmat Allah SWT. – BH Online

Tags: bayi lelakimelahirkan bayisiti nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Beg Di Tangga Rumah

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Beg Di Tangga Rumah

25/04/2025
2

KOTA KINABALU: Dibalut dengan kain batik dan diletakkan dalam beg berwarna hijau. Itulah nasib bayi lelaki yang ditinggalkan di tangga...

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd