• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Dibenarkan Beli Sendiri Vaksin Covid-19

oleh
23/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permintaan kerajaan negeri Sarawak untuk membeli sendiri vaksin Covid-19 bagi kegunaan rakyatnya, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, kelulusan itu diberi susulan pertemuan beliau dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Putrajaya, baru-baru ini.

Sehubungan itu, katanya Kumpulan Penasihat Covid-19 Sarawak (SCOVAG) telah diberi tanggungjawab untuk melakukan perbincangan dengan pembekal vaksin bagi tujuan tersebut.

“… jadi kita sekarang sedang berbincang dengan pihak dan badan berkaitan supaya kita boleh menyelesaikan pembelian vaksin yang akan digunakan sebagai simpanan sekiranya ada masalah pembekalan dari Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pemberian vaksin Fasa Kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Stadium Perpaduan Petra Jaya, di sini pada Jumaat.

Seramai 1,278 individu daripada golongan berisiko tinggi dan warga emas berusia lebih 60 tahun dijadualkan menerima suntikan vaksin di stadium tersebut pada Jumaat.

Pada 18 Mac lalu, Uggah dilaporkan berkata, Sarawak telah menghantar surat kepada kerajaan Persekutuan mengenai hasrat Sarawak untuk membeli sendiri vaksin Covid-19 bagi negeri itu.

Sementara itu, mengulas mengenai pendaftaran Program Imunisasi negeri Sarawak, Uggah berharap kerajaan Persekutuan boleh menerima pendaftaran secara manual yang melibatkan penduduk di luar bandar.

Katanya, kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar di Sarawak tidak mempunyai kemudahan telefon pintar untuk melakukan pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera dan hanya boleh mendaftar melalui pejabat residen dan daerah.

“Kita juga ada meminta mereka yang berada di luar bandar untuk mendaftar menggunakan telefon milik pejabat daerah atau residen. Apabila mereka menerima janji temu untuk divaksin, maka pegawai di pejabat berkenaan akan menghubungi penerima itu,” katanya.

Seramai 929,435 individu disasarkan menerima vaksin bagi Fasa Kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Sarawak yang bermula Isnin lalu. – BERNAMA

Tags: sarawakvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd