• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sajat Mungkin Berada Di Luar Negara – PDRM

oleh
26/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis percaya kemungkinan besar usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang diburu pihak berkuasa berada di luar negara.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani tidak mendedahkan lokasi negara itu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima mendapati Nur Sajat tidak lagi berada di dalam negara ini.

“Itu kemungkinan yang kuat mengatakan sedemikian.

“Bagaimana dia berada di sana Wallahualam. Mungkin dia menggunakan kaedah tertentu yang memungkinkan dia boleh berada di luar negara. Apa sekali pun, kita tidak akan putus asa untuk mengesannya,” katanya selepas sidang akhbar kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya akan terus membantu mahkamah syariah untuk mengesan Sajat.

“Kita akan bantu mengikut kemampuan kita kerana kes kerana kes berkenaan merupakan kes mahkamah syariah dan kita percaya kita telah berusaha dan kalau subjek ini berada dalam negara kita Insya-ALLAH kita akan dapat jejak dan kesan.

“Sementara waktu ini kita perlu bersabar dahulu,” katanya.

Beliau berkata selepas sidang akhbar kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin.

Mengulas dakwaan Nur Sajat berada di Johor, Acryl Sani menjelaskan, pihaknya menerima pelbagai maklumat berhubung lokasi individu terbabit.

“Maklumat ini macam-macam (diterima). Ada orang kata dia di Johor dan Kelantan. Jadi maklumat itu kita ambil tindakan dengan elemen kita di setiap tempat dan jika betul akan dapat dikesan.

“Tapi apa yang berlaku dia tiada di sana,” katanya.

Justeru, pihaknya tidak akan berputus asa, apa juga maklumat dan petunjuk yang diperoleh akan diteliti untuk tindakan susulan.

Pada 23 Februari lalu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab dan difahamkan Nur Sajat bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah. – Sinar Harian

Tags: Muhammad SajjadNur SajatPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd