• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbualan Zahid, Anwar Ada Motif Politik Tertentu – Puad

oleh
07/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APABILA viral rakaman perbualan antara Zahid dan Anwar Ibrahim, itu angkara siapa? Kalau ia tulin, apakah Malaysia negara selamat apabila perbualan peribadi dirakam dan diviral?

Tulin atau tidak sudah tentu rakaman itu bermotif politik apabila ia diviralkan. Darurat sepatutnya untuk kurangkan politiking tetapi rupanya semakin bermaharajalela. Butiran perbualan itu adalah cukup jelas dan berkualiti tinggi. Ia mesti menggunakan peralatan canggih yang orang biasa tidak akan mampu memilikinya.

Apakah ini konspirasi “at the highest level”. Ini bukan kerja calang calang?

Kita masih ingat apabila Latheefa Koya dedah perbualan antara Najib dengan Putera Mahkota UAE. Tidakkah kita mahu belajar dari kesilapan.

Hingga ke hari ini sejak 2018, UAE tidak lagi datang melabur di Malaysia. UAE melabur hampir RM130 Bilion ke Indonesia. PM tentu ada penjelasan kenapa balik tangan kosong dari lawatan ke UAE baru baru ini?

Sekali lagi Kerajaan PN terselamat kerana Parlimen tidak bersidang untuk beri peluang kepada MP pembangkang bangkitkan isu ini.

Sekurang kurangnya ahli parlimen boleh desak supaya ditubuhkan RCI dan SKMM menyiasat perkara serius ini untuk mencari kebenaran.

Ternyata skandal merakam perbualan peribadi terutama yang libatkan lawan politik adalah “hari hitam” kepada demokrasi di Malaysia. Presiden Nixon letak jawatan kerana skandal Watergate 1972. Ia berlaku apabila Pejabat parti Demokrat diceroboh untuk curi maklumat dan alat perakam telefon dipasang.

Viral kononnya rakaman perbualan Zahid-Anwar berlaku sehari selepas DS Najib menerima notis muflis daripada LHDN.

Politiking keji tidak akan berakhir. Wujudnya kluster lompat dan merakam perbualan telefon adalah natijah kerana kerajaan hari ini tidak ada majoriti jelas.

Dr Puad Zarkashi

Tags: Ahmad Zahid HamidiAnwar IbrahimPuad Zarkashirakaman audio
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd