• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patuh SOP, Persekolahan Dapat Diteruskan Dengan Selamat

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Pelajar, guru dan warga sekolah diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada setiap masa bagi memastikan sesi persekolahan dapat diteruskan dengan selamat, kata Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata, pelajar terutamanya perlu sentiasa mematuhi SOP sewaktu tiba di sekolah dan semasa proses penyuraian selepas tamat sesi persekolahan bagi mengelak penularan Covid-19 dalam kalangan mereka dan juga warga sekolah.

“Kita sudah ada SOP cukup lengkap dan teratur, apa yang penting adalah pematuhan, ibu bapa juga perlu sentiasa mengingatkan anak-anak supaya mematuhi SOP ditetapkan.

“Kita tekankan kepada pihak sekolah setiap SOP yang ditetapkan itu mestilah dipatuhi dan murid perlu sentiasa diingatkan agar mematuhi SOP,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda, Sungai Merab di Bandar Baru Bangi pada hari pertama pembukaan semula sekolah menengah untuk Kumpulan B.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Pembukaan semula sekolah menengah pada 4 April (Ahad) melibatkan Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B memulakan persekolahan pada hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Radzi berpuas hati dengan perjalanan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka membabitkan sekolah menengah pada hari ini. – BERNAMA

Tags: Covid-19Sesi PersekolahanSOP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Minta Mara Semak SOP Bawa Pelajar Ke Klinik

Asyraf Wajdi Minta Mara Semak SOP Bawa Pelajar Ke Klinik

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta pengurusan Mara untuk menyemak Prosedur Operasi Standard...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd