Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Shabery Kunjungi Setiausaha J/kuasa...

NANNING – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek...

Wanita Pengarah Syarikat Rugi...

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat...

Ini Mata? Salah, Ini...

CUBA lihat gambar ini... Apakah anda mendapati sepasang mata hitam sedang merenung ke...

Banjir Pulih, 2 PPS...

JOHOR BAHRU: Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara dan PPS...

PAS, UMNO Tangguh Rundingan Agihan Kerusi

MARANG – PAS mengambil keputusan menangguhkan perbincangan pengagihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan UMNO.

Namun, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, kerjasama parti itu dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) masih diteruskan.

Katanya, rundingan pengagihan kerusi akan disambung selepas UMNO menyelesaikan masalah dalaman kepemimpinan parti itu.

“UMNO perlu menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku. Keputusan dibuat pemimpin parti itu tidak sebulat suara. Berlaku pencanggahan pendirian. Disebabkan hal itu, kita mengambil peluang berbincang mengenai pengagihan dengan BERSATU.

“Walaupun menangguh sementara perbincangan pengagihan kerusi dengan UMNO, tetapi kerjasama dengan parti itu melalui MN akan diteruskan,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah Jumaat melalui dalam talian di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, keputusan menangguhkan perbincangan pengagihan kerusi dengan UMNO dipersetujui Majlis Syura.

Katanya, Majlis Syura juga turut bersetuju agar PAS menolak menjalinkan kerjasama dengan parti yang ekstrem dan liberal, sebaliknya memilih bersama parti yang mempunyai prinsip dan hala tuju yang sama dalam penyatuan ummah.


“PAS bersedia bekerjasama dengan semua parti termasuk gabungan Perikatan Nasional (PN) dan MN, termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak mengamalkan ekstrem dan liberal.

“Dalam masa yang sama, kita menegaskan menolak kerjasama, termasuk parti Melayu yang mengamalkan ekstrem dan liberal,” katanya.

Mengenai kenyataan UMNO yang tidak akan meneruskan kerjasama dengan BRRSATU dan PAS, Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat tidak sebulat suara.

“Keputusan dibuat beberapa pemimpin tertinggi parti itu tidak sependapat dengan beberapa menteri UMNO dalam kerajaan,” katanya. – BH Online

Kategori