• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri, Timbalan Menteri UMNO Kekal Hingga Parlimen Bubar

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri dan timbalan menteri daripada UMNO akan terus kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebenarnya tidak ada keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) yang mengarahkan menteri, menteri besar, timbalan menteri, exco dan ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menarik diri.

Menurutnya, dalam PAU itu usul yang diluluskan adalah usul keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk terus kekal dalam kerajaan sehingga parlimen dibubarkan.

“Kita akan terus sokong kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan apabila parlimen dibubarkan kita tidak akan bekerjasama lagi. Itu usul yang diluluskan dalam PAU 2020,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pingat Perkhidmatan & Pekerti Terbilang Kementerian Pertahanan Tahun 2021 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) pada Ahad lalu meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 dan kebersamaan dalam kerajaan PN diteruskan hingga pembubaran Parlimen.

Susulan keputusan itu, beberapa menteri UMNO mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya Isnin lalu difahamkan bagi membincangkan isu peletakan jawatan.

Mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul mengenai menteri yang tidak meletak jawatan sebagai pengecut, Ismail Sabri berkata, dalam Umno semua berhak bercakap dan terbuka kerana parti ini hormati pandangan setiap individu di dalam parti.

“Jadi sesiapa nak beri pandangan dan cakap silalah… tidak ada sekatan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Ismail Sabri YaakobMenteritimbalan menteriUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Banyak Perlu Difahami Mengenai Telur Ayam, Industri Berdepan Cabaran – Timbalan Menteri

Banyak Perlu Difahami Mengenai Telur Ayam, Industri Berdepan Cabaran – Timbalan Menteri

26/10/2026
0

MELAKA - Pelbagai faktor yang mempengaruhi harga telur ayam perlu difahami, termasuk cabaran dihadapi pihak industri sebelum bekalan sampai kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd