• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Brunei Perkukuh Hubungan Dua Hala

oleh
05/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Brunei dan Malaysia hari ini mencapai kata sepakat memperkukuhkan pelbagai bidang hubungan dua hala serta serantau, khususnya dalam aspek kesihatan, diplomatik dan perdagangan.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 di sini, hari ini menyebut, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyentuh mengenai cadangan mewujudkan diplomasi vaksin antara kedua-dua negara.

“Kerjasama itu akan menumpukan kepada tiga perkara iaitu aturan vaksin secara timbal balas membabitkan diplomat, pelajar serta ekspatriat; akses bekalan vaksin di kedua-dua negara dan pengiktirafan sijil vaksin antara kedua-dua negara yang akan memudahkan pergerakan rakyat masing-masing,” kata kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin turut menyatakan komitmen mengenai keperluan kawalan keselamatan pergerakan rentas sempadan ketika pandemik COVID-19 bagi mengawal wabak.

Berikutan itu, Malaysia dan Brunei bersetuju secara dasar untuk mewujudkan Aturan Laluan Hijau Timbal Balas (RGL) dengan kawalan perebakan COVID-19 ke arah merangsang perniagaan penting dan lawatan rasmi antara kedua-dua negara. 

“Kedua-dua pemimpin bersetuju perundingan peringkat pegawai kedua-dua negara diadakan bagi merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi cadangan RGL itu,” kata kenyataan itu.

Muhyiddin menghadap Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman tengah hari tadi, yang mana perbincangan empat mata antara kedua-dua pemimpin berlangsung kira-kira sejam sebelum Perdana Menteri dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, diraikan dalam Majlis Persantapan Rasmi.

Malaysia dan Brunei juga menyatakan perhatian serius terhadap krisis di Myanmar yang mengorbankan banyak nyawa.

“Kedua-dua pemimpin meminta semua pihak mencari penyelesaian damai, mengadakan dialog yang konstruktif dan segera kembali kepada keadaan normal selaras dengan kepentingan rakyat Myanmar dan memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau ini,” kata kenyataan itu.

Dalam hubungan itu, Malaysia dan Brunei mahu supaya semangat Piagam ASEAN dirujuk yang menekankan negara rantau ini mahu Myanmar menyelesaikan krisis dan kembali stabil. 

Brunei mempengerusikan ASEAN bagi 2021. 

Sultan Hassanal dan Muhyiddin juga bersetuju supaya pemimpin negara ASEAN mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkembangan semasa di Myanmar dan mengarahkan pegawai melakukan persediaan mesyuarat itu yang dicadang diadakan di Sekretariat ASEAN di Jakarta. 

Dalam bidang perdagangan dua hala, Sultan Hassanal Bolkiah dan Muhyiddin turut menyentuh mengenai kepentingan pembukaan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddein yang menyambungkan daerah Brunei-Muara dan Temburong yang berupaya meningkatkan aktiviti dagang antara Brunei dan Sabah serta Sarawak. 

Sementara itu, berucap pada Majlis Persantapan Rasmi sempena lawatan itu, Muhyiddin berkata, Brunei adalah negara jiran dan sahabat yang sangat penting kepada Malaysia sejak hubungan antara kedua-dua negara terjalin 37 tahun lalu dan ia semakin berkembang. 

Perdana Menteri berkata, Malaysia berharap susulan lawatan rasmi itu, akan ada usaha secara bersama untuk terus memperkukuhkan hubungan dua hala termasuk meneroka peluang baharu dalam pelbagai bidang. 

Beliau berkata, Malaysia gembira kerana Brunei bersedia menggiatkan perbincangan mengenai Laluan Hijau Timbal Balik yang berupaya merancakkan semula ekonomi kedua-dua negara. 

Katanya, Malaysia juga menghargai segala bantuan yang diberikan oleh Brunei termasuk menjadi antara negara terawal menghulurkan pertolongan dengan sumbangan 1,000 kit ujian COVID-19 pada awal serangan wabak itu, selain membantu membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, seperti di Mesir, Kemboja, India, Arab Saudi dan Sri Lanka. – BH Online

Tags: Bruneihubungan dua halaMalaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PDRM Perketat SJR Menjelang Ramadan

Next Post

Covid-19: 20 Kluster Sektor Pendidikan Direkodkan

Related Posts

Malaysia Berhak Tolak Nick Adams Sebagai Duta Besar AS – KJ

Malaysia Berhak Tolak Nick Adams Sebagai Duta Besar AS – KJ

14/07/2025
0

SHAH ALAM - Malaysia mempunyai kuasa penuh untuk menolak pelantikan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke negara...

Malaysia Pertahan Hak Iran Serang Balas Israel – PM

Malaysia Pertahan Hak Iran Serang Balas Israel – PM

15/06/2025
0

LUMUT - Malaysia mempertahankan kedaulatan dan hak Iran untuk bertindak balas terhadap serangan dilakukan rejim Israel yang disifatkan sebagai biadab...

Next Post

Covid-19: 20 Kluster Sektor Pendidikan Direkodkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd