• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lori Dinaiki Terbabas, 3 Beranak Maut, 4 Cedera

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAPAR – Sepasang suami isteri dan seorang anak perempuannya maut, manakala empat lagi anak mangsa cedera termasuk seorang parah selepas lori dinaiki mereka terbabas di Kilometer 42, Jalan Kimanis – Keningau, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lori dinaiki tujuh sekeluarga terbabit yang turut membawa muatan sebuah van, sedang dalam perjalanan dari Keningau menuju ke Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit, berkata siasatan awal mendapati, lori itu dipercayai dipandu laju sebelum tiba-tiba hilang kawalan.

Katanya, ia menyebabkan lori terbabas sendiri ke jalan bertentangan sebelum melanggar tebing bukit dalam keadaan menuruni bukit.

“Polis percaya brek lori berkenaan gagal berfungsi dengan baik dan akibat kemalangan itu, pemandu lori tersepit di tempat duduk hadapan lori, manakala isteri dan seorang anak perempuannya pula tercampak keluar.

“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Papar yang hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Batholomew berkata, empat lagi mangsa yang cedera dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Papar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, tiga mangsa yang maut berusia 12 hingga 40 tahun, manakala empat yang cedera termasuk seorang parah berusia lingkungan empat hingga 15 tahun.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BH Online

Tags: kemalangan mautlori terbabasSabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

03/10/2026
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpendirian konsert yang dicadangkan oleh artis Kristian dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd