• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan ECRL Diubah Semula Ke Jajaran Asal

oleh
05/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan ditambah baik dan dijajarkan semula ke laluan asalnya, iaitu Jajaran Utara dengan kos anggaran pembinaan sebanyak RM50 bilion. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata jajaran baharu yang dikenali sebagai ECRL 3.0 itu dilaksanakan setelah mengambil kira hasil perbincangan dan permuafakatan dengan pihak berkepentingan yang terbabit dengan projek ECRL seperti kerajaan negeri, agensi kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pemain industri. 

Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) membuat keputusan untuk mengubah semula jajaran Seksyen C ECRL ke Jajaran Asal yang dicadangkan pada 2016-2017. 

“Jajaran asal Seksyen C ini, yang juga dikenali sebagai Jajaran Utara, akan membabitkan laluan ECRL dari Mentakab ke Pelabuhan Klang melalui Bentong, Gombak dan Serendah berbanding Jajaran Selatan yang melalui Negeri Sembilan.

“MOT, sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan bagi menyelia pelaksanaan projek ECRL, mendapati Jajaran Utara akan meningkatkan kebolehmampuan projek ECRL dan seterusnya memberi lebih manfaat kepada ekonomi, alam sekitar, dan sosial,” katanya pada sidang media ECRL di sini hari ini. 

Ka Siong berkata, jajaran Seksyen C ECRL 3.0 dianggarkan merangkumi 201 kilometer termasuk 32.4 kilometer jajaran sisihan berbanding jajaran sebelum ini 185.5 kilometer (termasuk 41.5 kilometer jajaran sisihan). 

Beliau berkata, ia menjadikan keseluruhan jajaran dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang dengan perubahan terkini adalah sepanjang 665 kilometer. – BH Online

Tags: kementerian pengangkutanProjek ECRLWee Ka Siong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Patuh SOP, Persekolahan Dapat Diteruskan Dengan Selamat

Next Post

SPRM Tumpas Sindiket Kartel Projek RM3.8 Bilion

Related Posts

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

21/07/2024
0

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan rasa tidak kecewa terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah,...

Kementerian Pengangkutan Terima Set Pertama ETS3

Kementerian Pengangkutan Terima Set Pertama ETS3

08/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menerima set pertama Tren Elektrik (ETS3) bagi perkhidmatan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, pada Jumaat....

Next Post

SPRM Tumpas Sindiket Kartel Projek RM3.8 Bilion

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd