• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Pengambilan Semula Pekerja Asing

oleh
12/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji pengambilan semula pekerja asing bagi sektor-sektor tertentu di negara ini, yang sukar mendapat pekerja dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Beliau menjelaskan, ia berikutan terdapat permintaan pihak majikan daripada sektor perladangan, pertanian, pembuatan dan pembangunan, yang mempunyai bidang kerja yang tidak diminati oleh rakyat tempatan.

Saravanan berkata, kementeriannya sedang berbincang dengan semua pihak berkenaan sebelum mengambil sebarang keputusan.

“Terdapat hampir 400,000 peluang pekerjaan masih tidak diisi dalam empat bidang ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Kerjaya Urban Poor (UP) di Pusat Komuniti Setiawangsa di sini pada Isnin.

Saravanan menjelaskan selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap majikan dan pekerja, beliau risau dengan keadaan pihak majikan yang sukar untuk mendapatkan pekerja bagi sektor 3D iaitu kotor, sukar dan bahaya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan masih menawarkan semua tawaran pekerjaan itu kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan kini membekukan pengambilan pekerja asing bagi semua sektor.

Sementara itu, Saravanan berkata, 34,283 peluang pekerjaan telah ditawarkan 164 majikan sepanjang Program Kerjaya UP anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), yang dijalankan di 10 negeri sejak 1 April lalu.

“Ini termasuk Kerjaya UP yang diadakan hari ini (Isnin), yang menyaksikan 10,592 jawatan kosong disediakan oleh 39 majikan,” katanya.

Selain daripada temuduga kerja, Program Kerjaya UP turut menyediakan perkhidmatan kaunseling kerjaya, klinik penghasilan resume dan temuduga, kaunter sesi pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, khidmat nasihat keusahawanan & kewangan, latihan kerjaya dan pendaftaran e-Kasih. – BERNAMA

Tags: pekerja asingpekerjaanPembangunanpembuatanperladanganPertanian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd