• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Cuti-Cuti Malaysia Tawar Pelbagai Pakej Skuba

oleh
12/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh menikmati aktiviti selam skuba dan menerokai khazanah hidupan marin menerusi pakej istimewa melalui Kempen Cuti-Cuti Malaysia (CCM) ‘Jom Dive!’, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurutnya, kempen pelancongan terbaharu Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penyelam Skuba Malaysia bermula hari ini (Isnin) hingga 31 Mei depan itu, menawarkan potongan harga istimewa bagi lesen aktiviti selam skuba selain pelbagai pakej pelancongan menarik.

Katanya, usaha itu bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengunjungi pulau-pulau di negara ini serta menikmati kepelbagaian khazanah marin.

“Sebanyak 1,000 pakej selam skuba ditawarkan berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat, dia dapat’, selain pemberian diskaun sebanyak RM450 bagi setiap pembelian pakej berharga RM1,000 dan ke atas dalam satu resit.

“Menerusi kempen ini, diharapkan dapat meningkatkan keyakinan rakyat untuk melancong serta menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik dengan memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Nancy berkata, usaha itu sekali gus diharap dapat memupuk minat, kesedaran serta rasa kecintaan orang ramai terhadap keindahan dasar laut semula jadi yang terdapat di dalam negara.

Maklumat lanjut berkenaan kempen ini boleh melayari laman sesawang Tourism Malaysia, www.malaysia.travel atau platform www.xtvt.com.my. – BERNAMA

Tags: Cuti-Cuti MalaysiaJom Divepelancongan domestikSkuba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rentas Negeri PKPP Untuk Pelancongan Domestik Dibenar

09/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Pergerakan merentas negeri hanya untuk pelancongan domestik dibenarkan bermula esok membabitkan negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)...

Kerajaan Benarkan Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau

20/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini bersetuju untuk membenarkan gelembung perjalanan domestik bagi negeri zon hijau di seluruh negara bermula 22...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd