• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rentas Negeri PKPP Untuk Pelancongan Domestik Dibenar

oleh
09/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan merentas negeri hanya untuk pelancongan domestik dibenarkan bermula esok membabitkan negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun, hanya kenderaan pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) dibenarkan manakala penggunaan kenderaan persendirian masih dilarang. 

“Mereka perlu menggunakan syarikat pelancongan berdaftar dengan Motac. 

“Bagi mereka yang perlu melalui negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kenderaan ini mesti meneruskan perjalanan tanpa berhenti di negeri itu. 

“Kita hanya membenarkan kenderaan berdaftar dengan Motac bagi memudahkan polis membuat pemantauan pergerakan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan, hari ini. 

Ismail Sabri berkata, lokasi penginapan juga perlu ditetapkan syarikat pelancongan seperti tercatat dalam surat kebenaran merentas negeri bagi memudahkan polis membuat pemeriksaan.

“Tidak perlu individu yang pergi (surat kebenaran), kalau dia ada bas pelancongan membawa 40 orang, agensi berkenaan yang akan memohon kebenaran kepada polis dengan disertakan semua senarai nama peserta rombongan,” katanya. 

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju menukarkan status Pulau Langkawi kepada PKPP bermula esok. 

“Memandangkan Pulau Langkawi adalah zon hijau dengan dua kes terakhir direkodkan pada 20 Februari lalu, kita bersetuju menukarkan Pulau Langkawi dari PKPB ke PKPP. 

“Kebenaran gelembung domestik ini juga terpakai untuk Pulau Langkawi bagaimanapun Kedah masih kekal PKPB,” katanya. – myMetro Online

Tags: pelancongan domestikPKPPrentas negeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kadar Rt COVID-19 Meningkat Selepas Rentas Negeri

27/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 menunjukkan trend peningkatan sejak lima hari lalu, kira-kira dua minggu selepas kerajaan memberi...

Bukan Orang Tua Sahaja Tak Jumpa, Masjid Pun Tak Pergi

22/10/2021
0

PETALING JAYA – Bukan hanya tidak balik jumpa ibu bapa, namun ada juga yang tidak ke masjid selepas kebenaran solat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd