• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Kelonggaran Diberi Kepada Orang Ramai

oleh
15/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan perlu mengkaji semula beberapa kelonggaran diberikan kepada orang ramai seperti kebenaran mengunjungi bazar Ramadan selepas 17 kes positif COVID-19 varian Afrika Selatan B.1.351 dikesan di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata varian virus terbabit dikatakan lebih mudah tersebar dan mempunyai kadar kebolehjangkitan lebih tinggi.

Katanya, situasi itu boleh mewujudkan risiko berlakunya gelombang keempat kes positif COVID-19 di negara ini.

“Apa yang membimbangkan beberapa vaksin yang ada tidak efektif untuk melawan varian terbabit, sekali gus memberi kesan kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan.

“Ini pandangan saya, tapi kita patut mengkaji semula beberapa kelonggaran diberikan kerana apabila varian ini tersebar, beberapa vaksin tidak efektif melawannya dan kadar penularan akan meningkat.

“Gelombang keempat mungkin akan lebih teruk. Kita tengok minggu lalu kita hampir berjaya menurunkan gelombang ketiga namun beberapa hari lalu ia meningkat semula, saya bimbang ini akan beri kesan kepada PICK,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 17 kes positif Covid-19 jangkitan tempatan yang dikenal pasti dijangkiti dengan varian South African B.1.351.

Varian terbabit dikatakan ditemui pada dua kakitangan syarikat yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hasil saringan kontak rapat.

Khairy yang juga Penyelaras PICK berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu meneliti semula kelonggaran diberikan kepada orang ramai termasuk berkaitan bazar Ramadan.

“Kita tidak boleh salahkan orang ramai kerana mereka memang nak ke bazar Ramadan, tapi yang jelas sukar kekalkan penjarakan fizikal, walaupun penguatkuasaan dilakukan.

“Mereka akan berdekatan dengan orang lain, saya rasa kita perlu melihat perkara ini dengan serius,” katanya. – BH Online

Tags: B.1.351bazar ramadanCovid-19varian Afrika Selatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub TAHUN ini kerajaan tampil membanteras kewujudan ‘middleman’ yang didakwa mengaut keuntungan melalui penyewaan tapak bazar Ramadan.   Pihak...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd