Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Hak McDonald’s Malaysia, Singapura...

RIYADH - McDonald’s Corp dari Amerika Syarikat (AS) bersetuju menjual hak francais restorannya...

Majikan Mangsa Culik Terima...

TAWAU - Majikan kepada tiga warga Filipina yang diculik tujuh lelaki bersenjata di...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Fasa ke-26 perintah berkurung di kawasan perairan di Zon Selamat...

Presiden Filipina Bidas China

MANILA – Presiden Fili­pina, Rodrigo Duterte menggesa China mengawal tingkah laku di Laut...

Guan Dee Angkat Sumpah Timbalan Menteri Persekutuan

KUALA LUMPUR – Datuk Guan Dee Koh Hoi hari ini mengangkat sumpah jawatan timbalan menteri Persekutuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Guan Dee yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengangkat sumpah jawatan itu pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Sumpah Simpan Rahsia di Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini.

Turut menyaksikan istiadat berkenaan ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Sementara itu, Guan Dee ketika ditemui selepas istiadat itu mengesahkan beliau dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.


“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi peluang ini kepada parti STAR menyertai Kabinet (pentadbiran) Persekutuan,” katanya. 

Guan Dee turut melahirkan aspirasi untuk meningkatkan semula sektor pelancongan iaitu antara sektor terkesan akibat COVID-19. – BERNAMA

Kategori