• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBS, Star Kekal Sokong Hajiji Sebagai KM Sabah

oleh AK-47
05/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PBS, Star Kekal Sokong Hajiji Sebagai KM Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) hari ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus mengetuai pentadbiran kerajaan negeri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata parti itu termasuk Adun mereka masih kekal menyokong Hajiji dan melihat tiada keperluan untuk mengemukakan usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri Sabah terhadap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu.

“Saya pasti 110 peratus PBS masih menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor (sebagai Ketua Menteri Sabah). Saya fikir tiada keperluan (mengemukakan usul undi percaya terhadap Hajiji) tetapi jika ia diperlukan saya percaya kami akan menang,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut di sini hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata demikian selepas majlis penyampaian kepala singa sempena Tahun Baharu Cina kepada pelbagai persatuan dan tokong di negeri ini, di Kota Kinabalu hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata GRS bersedia membuktikan keabsahan sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri susulan difahamkan ada pihak tertentu mendakwa memperoleh lebih separuh sokongan daripada Adun untuk membolehkan kumpulan itu menubuhkan kerajaan negeri baharu.

Pada majlis sama Timbalan Presiden Star Datuk Ellron Angin turut menyatakan pendirian bahawa Adun mereka tetap setia menyokong kepimpinan Hajiji.

“Bagi STAR, semua Adun kami menyokong Datuk Hajiji. Kami setia kepada beliau,” katanya.

PBS dan STAR merupakan antara parti komponen di bawah GRS selain Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).

DUN Sabah mempunyai 79 Adun iaitu 73 Adun yang dipilih dan enam Adun dilantik.

Ketika ini Hajiji mempunyai sokongan 59 Adun iaitu 29 daripada GRS, Barisan Nasional (17), PH (7), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (3), Parti Bangsa Malaysia (1), Parti Harapan Rakyat Sabah (1) dan seorang Adun Bebas.

-Malaysia Kini

Tags: HajijiKM SabahPBSstar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

Hajiji Umum Bakal Lancar Gagasan Rakyat

Hajiji Umum Bakal Lancar Gagasan Rakyat

29/01/2023
0

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini, mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd