• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elok Buat Laporan Polis Jika Difitnah – KPN

oleh
09/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan membuat laporan polis jika benar difitnah berhubung penularan audio perbualan telefon yang dikatakan mirip suara mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata kedua-dua pemimpin berkenaan belum membuat laporan isu terbabit setakat ini.

“Setakat ini saya tidak dimaklumkan lagi, jadi kita menunggu kalau betul difitnah, tampillah buat laporan polis,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abd Kadir Hashim dan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir.

Abdul Hamid berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap laporan yang diterima berhubung isu itu selepas melihat reaksi orang ramai terhadap penularan audio berkenaan.

“Jika ia (audio) sampai ke tahap orang awam berasa bimbang atau gusar, kita akan jalankan siasatan,” katanya.

Ditanya sama ada proses analisis audio itu akan dilakukan, Abdul Hamid berkata, ia bergantung kepada langkah susulan polis selepas menerima laporan daripada pemimpin berkenaan.

“Itu tindakan susulan jika salah seorang atau kedua-dua pemimpin yang dikatakan suaranya dalam audio itu, membuat laporan mengatakan ia fitnah.

“Proses untuk menilai atau mencari bukti akan dijalankan,” katanya. – BH Online

Tags: Ahmad Zahid HamidiAnwar Ibrahimlaporan polisrakaman audio
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd