• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Data Lebih 530 Juta Pengguna Facebook Dicuri

oleh
07/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Gergasi platform media sosial Amerika Syarikat (AS), Facebook menyatakan data lebih 530 juta penggunanya ‘dicuri’ dan menegaskan kejadian berlaku untuk tempoh sebelum September 2019, lapor Sputnik.

“Pada 3 April, Business Insider menerbitkan laporan menyatakan maklumat daripada lebih 530 juta pengguna Facebook, didedahkan menerusi sebuah pangkalan data terbuka.

“Kami mempunyai pasukan yang dikhaskan untuk menangani isu seperti ini dan faham terhadap kesan yang bakal dialami oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan kami.

“Penting untuk difahami bahawa pelaku yang berniat jahat ini memperoleh data bukan menerusi tindakan menggodam sistem, sebaliknya mencurinya daripada platfom kami sebelum September 2019,” kata Facebook menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Facebook berkata mereka percaya data terbabit dicuri atau ‘dikikis’ menggunakan platfom import kenalan.

“Sebaik kami mengetahui bagaimana pelaku menggunakan ciri ini pada 2019, kami membuat perubahan kepada platfom import kenalan itu.

“Dalam kes ini, kami mengemas kini platfom itu bagi mengelak anasir jahat menggunakan perisian ini untuk meniru aplikasi kami dan memuat naik sejumlah set nombor telefon untuk melihat nombor mana yang sepadan dengan nombor pengguna kami.

“Menerusi fungsi sebelum ini, pelaku boleh meminta mendapatkan sejumlah set profil pengguna dan mendapatkan maklumat pengguna terbabit termasuk profil umum,” menurut kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun, Facebook menegaskan, maklumat yang terdedah tidak termasuk maklumat kewangan, kesihatan atau kata laluan. – BERNAMA

Tags: data peribadifacebook
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

FB Najib Razak Kongsi Ucapan Syukur Pembukaan LRT3

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak memuat naik ucapan syukur dan tahniah kepada rakyat Selangor susulan pembukaan laluan Transit...

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

Puad Zarkashi Tutup Ruangan Komen Akaun FB?

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Ruangan komen akaun media sosial milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd