• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: 20 Kluster Sektor Pendidikan Direkodkan

oleh
05/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 20 kluster sektor pendidikan direkodkan di negara ini sejak 20 Mac hingga semalam, dengan jumlah paling ramai dijangkiti Covid-19 membabitkan kluster Paloh Rambai di Kelantan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurutnya, kluster Paloh Rambai itu membabitkan guru dari pelbagai sekolah antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh, SK Kok Lanas, SK Pangkal Kalong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas.

Sehingga 25 Mac 2021, sejumlah 347 individu disaring dan 20 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster Paloh Rambai.

Dalam sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di sini hari ini bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, Dr Adham berkata terdapat juga kluster pendidikan direkodkan di Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Sarawak.

“Jangkitan Covid-19 ini (kluster sektor pendidikan) berlaku melalui rakan sekerja atau kontak sosial,” katanya.

Sesi persekolahan secara bersemuka ditangguhkan sebelum ini susulan peningkatan kes Covid-19 dibuka semula secara berperingkat mulai 1 Mac lalu.

“Pematuhan SOP (prosedur operasi standard) dan amalan norma baharu, bukan hanya perlu dilakukan di sekolah tetapi juga semasa berada di luar sekolah, dalam komuniti dan lain-lain,” kata Dr Adham.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata apabila kes Covid-19 dikesan di sekolah, petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan hadir bagi membuat penilaian risiko dan penilaian kesihatan seterusnya menasihatkan sama ada sekolah ditutup atau sebaliknya. 

“Pasukan kesihatan akan digerakkan untuk membuat siasatan kes atau kluster, pengesanan kes dan kontak, menyelia pihak sekolah dalam menjalankan pembersihan dan disinfeksi.

“Pihak PKD akan membuat penilaian risiko dan kesihatan secara menyeluruh bagi memastikan pengurusan kes dan kluster dapat dijalankan dengan sebaik mungkin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19klustersektor pendidikan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia, Brunei Perkukuh Hubungan Dua Hala

Next Post

UMNO Boleh Dengan PAS, MIC Tidak Boleh Dengan PPBM?

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

UMNO Boleh Dengan PAS, MIC Tidak Boleh Dengan PPBM?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd