• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Aman Tunggu Senarai Anggota ‘Bersekongkol’ Geng Nicky

oleh
13/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Senarai nama pegawai dan anggota polis yang didakwa bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ masih belum diterima Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya memerlukan senarai itu daripada Polis Kontinjen Johor sebelum mengambil tindakan susulan, termasuk merakam keterangan dan mengambil tindakan terhadap penguat kuasa terbabit jika didapati menyalahi tata kelakuan serta disiplin. 

“Setakat ini, tiada tindakan oleh JIPS kerana kami masih tidak tahu siapa anggota dan pegawai terbabit dengan kumpulan itu.

“Saya masih menunggu senarai nama individu itu, selain makluman siasatan dari polis (Kontinjen) Johor berhubung pembabitan mereka dengan ‘Geng Nicky’.

“Kalau dari sudut jenayah kumpulan itu, polis Johor sedang giat menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kebocoran maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 yang dilaksanakan Polis Kontinjen Johor, mengenai serbuan di kawasan Setia Walk, Puchong, menyebabkan suspek utama Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee melarikan diri.

Nicky Liow, 33, dipercayai mendapat maklumat mengenai operasi yang bakal dibuat pada 20 Mac lalu itu daripada pegawai dan anggota polis serta agensi penguat kuasa lain yang berada dalam kawalannya, termasuk seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya.

Polis mengesyaki sekurang-kurangnya 34 pegawai dan anggota pelbagai agensi penguat kuasa melindungi kegiatan Geng Nicky.

Jumaat lalu, Nicky Liow dan seorang wanita dipercayai isterinya didakwa tanpa hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Pihak pendakwaan turut memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan wanita terbabit yang juga warga China, Niu Zhe.

Empat belas suspek kes Geng Nicky masing-masing sembilan lelaki dan lima wanita berusia antara 28 hingga 55 tahun didakwa di hadapan Hakim Jamaluddin Mat. – myMetro Online

Tags: Bukit AmanGeng Nickyjenayah terancangPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd