• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bagasi Hitam, Merah Ditarik Keluar Dari Aras Pejabat Hasanah

oleh
07/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa pegawai tadbir dan diplomatik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), dilihat menarik beberapa bagasi pelbagai saiz berwarna hitam dan merah keluar masuk, dari aras yang menempatkan pejabat bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab Hamid dan timbalan-timbalannya.

Ini berdasarkan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada 163 fail rakaman CCTV yang ditayangkan hampir satu jam di Mahkamah Tinggi pada Rabu, pada perbicaraan kes pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) yang dihadapi Hasanah, yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Penyelidikan JPM.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Ahmad Farid Ahmad Kamal mengemukakan rakaman CCTV, ketika pemeriksaan utama terhadap Pegawai Siasatan di Bahagian Forensik Teknologi Ibu Pejabat SPRM, Badri Azni, 37.

Rakaman itu menunjukkan beberapa orang lelaki menarik keluar dan masuk beberapa bagasi melalui lif di aras satu, aras tujuh, dan anjung kereta, Blok B4, JPM pada 30 April dan 9 Mei 2018.

Bagaimanapun, mahkamah tidak diberitahu mengenai kandungan bagasi-bagasi berkenaan.

Ketika disoal balas peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah yang mewakili Hasanah, adakah tertuduh (Hasanah) dilihat dalam ratusan fail rakaman yang ditunjukkan di mahkamah hari ini, Badri, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan itu menjawab: “Tiada”.

Sementara itu, bekas polis bantuan JPM Norrashid Mahmud, 59, berkata, berdasarkan rakaman-rakaman tersebut, beliau mengenali kesemua individu yang dipaparkan menerusi rakaman CCTV berkenaan.

“Mereka adalah pegawai tadbir dan diplomatik di Blok 4, JPM (Bahagian Penyelidikan),” katanya ketika ditanya soalan tambahan semasa pemeriksaan utama oleh TPR Mohd Fairuz Johari, pada hari keenam perbicaraan kes tersebut.

Ketika membacakan penyataan saksinya, Norrashid yang juga saksi pendakwaan kesembilan berkata, beliau mengenali semua pegawai serta kakitangan di bahagian berkenaan, kerana telah bertugas lebih 20 tahun sebelum bersara pada 20 Oktober tahun lepas.

Pada 25 Oktober 2018, Hasanah, 64, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, antara 30 April hingga 9 Mei 2018, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh bersambung pada 12 April ini (Isnin).

Namun pihak media dan orang awam tidak dibenarkan berada di dalam mahkamah pada 12 hingga 16 April bagi mendengar keterangan 11 saksi pendakwaan yang dijalankan secara tertutup, kerana ia melibatkan isu keselamatan negara. – BERNAMA

Tags: Hasanah Ab HamidJPMKes Pecah AmanahMEIO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Tangguh 19 Jun

04/06/2024
2

Kuala Lumpur: Perbicaraan kes pecah amanah Datuk Seri Najib Razak bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar...

JPM Nafi Siasat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

JPM Nafi Siasat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

26/07/2023
0

PETALING JAYA : Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan bahawa kenyataan media ‘Siasatan Ke Atas Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd