• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Audio Mirip Anwar, Zahid: Gambaran Jajaran Baharu – Hadi

oleh
09/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – PAS menyifatkan penyebaran rakaman audio didakwa melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai gambaran kepada jajaran baharu politik.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO sebelum ini telah mengumumkan untuk mewujudkan jajaran baharu politik dan itu merupakan tanda-tanda penubuhan kerjasama berkenaan.

“Itu (audio) sebahagian daripada jajaran baharu, ia baru diumumkan dan itu tanda-tanda jajaran baharu,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha mingguan secara dalam talian di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun kata Abdul Hadi, PAS tidak akan menerima sebarang bentuk kerjasama bagi mewujudkan jajaran politik baharu melibatkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan, PAS tetap konsisten menolak penubuhan jajaran baharu sebaliknya terus memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN).

“Kita terus dengan Perikatan Nasional bukan jajaran baharu, kita tolak jajaran baharu,” katanya ketika mengulas rakaman audio didakwa melibatkan Ahmad Zahid dan Anwar yang tular sejak beberapa hari lalu.

Namun Ahmad Zahid dan Anwar masing-masing menafikan adanya perbualan antara mereka selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lepas.

Abdul Hadi berkata, parti itu juga tidak akan bekerjasama dengan UMNO jika wujud jajaran politik baharu bersama PKR kerana Muafakat Nasional yang dibina melibatkan beberapa parti lain dan PN digabungkan.

Ditanya sekiranya rakaman audio didakwa melibatkan dua pemimpin utama itu benar-benar tulen, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai perkara tersebut.

“Tulen atau tidak saya tidak tahu. Cukup masyarakat menilai, sudah berapa kali tulen tak tulen, kerja macam itu sudah banyak kali.

“Kalau manifesto pun yang berjanji pun tak buat, jadi audio ini kecil saja,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi AwangAhmad Zahid HamidiAnwar Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd