• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Sebab Dato’ Pa Perlu Kekal Ahli Parlimen Jeli

oleh
01/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INI bukan artikel mengampu. Ini bukan artikel rekaan dan khayalan. Ia ditulis berpandukan fakta dan realiti.

Artikel tentang mengapa warga Jeli perlu kekalkan Dato’ Pa sebagai Ahli Parlimen mereka pada PRU15.

Artikel ini bukan melampau, malah tidak juga keterlaluan kerana dicoret berpandukan realiti.

Bagi penulis terdapat 7 sebab Datuk Seri Mustapa Mohamed perlu dikekalkan di Parlimen Jeli.

Pertama beliau anak jati Kelantan. Semangat dan jati diri anak negeri ada pada sifaf-sifatnya.

Dilahirkan di Kelantan pada tahun 1950. Membesar dan mendapat pendidikan awal di Kelantan.

Menamatkan pengajian juga di Kelantan iaitu di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu pada 1969.

Walaupun lama di luar negara kerana melanjutkan pelajaran, jati diri anak Kelantannya tetap utuh.

Kedua tiada siapa lebih tahu tentang Jeli berbanding Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu.

Dato’ Pa menjadi wakil rakyat Jeli bermula tahun 1995 dan cuma tewas sekali pada tahun 1999.

Segala isu berkaitan Jeli dalam kocek beliau dan kebanyakan permasalahan telah pun ditangani.

Ketiga Dato’ Pa Ahli Parlimen paling mengambil berat tentang keadaan masyarakat di kawasannya.

Beliau tidak pernah mengabaikan Jeli walaupun khidmatnya sentiasa ditagih di peringkat Pusat.

Hampir setiap minggu beliau cuba pulang ke Jeli untuk menyantuni dan membantu penduduk.

Jika tidak percaya boleh baca info-info yang terdapat pada Facebook rasmi beliau.

Keempat Dato’ Pa gigih membangunkan Jeli yang dulu mundur menjadi kawasan berpotensi tinggi.

Merancakkan aktiviti ekonomi Jeli melalui pembinaan Jambatan Persahabatan Malaysia-Thailand.

Beliau melakukan itu sewaktu menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Kelima Mustapa Mohamed tidak pilih bulu atau bersikap diskriminasi dalam membantu rakyat Jeli.

Warga Jeli yang memerlukan dibantu tanpa mengira bangsa dan agama mahupun fahaman politik.

Kerana itu selepas kekalahan 1999, beliau tidak pernah kalah kemudiannya di Parlimen Jeli.

Walaupun kebanyakan kerusi Parlimen lain di Kelantan ketika itu dimenangi oleh PAS.

Kedudukan beliau tampak lebih selesa ekoran kerjasama terbentuk antara PAS dan Bersatu.

Keenam Dato’ Pa berjaya menyatupadukan masyarakat Jeli sepanjang menjadi wakil rakyat.

Ciri-ciri kepimpinan itu sememangnya ditagih terutama oleh golongan tidak berpartisan.

Ketujuh Mustapa Mohamed sangat berpengalaman dalam bidang ekonomi dan pentadbiran kerajaan.

Itu kelebihan buat penduduk Jeli memiliki wakil rakyat dengan karisma tersebut sejak 26 tahun lalu.

Justeru, menjelang PRU15 apakah masyarakat Jeli terfikir mereka ada pilihan lebih baik berbanding Dato’ Pa?

Bagi penulis tiada sebab musabab untuk pengundi jeli tidak meneruskan khidmat Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Meskipun beliau telah bertukar parti daripada UMNO kepada Bersatu pada Oktober 2018.

Sejarah mendewasakan bahawa memilih wakil rakyat biarlah yang jujur dan ikhlas berbakti kepada pertiwi. – Mynewshub.TV

Tags: Ahli ParlimenMustapa MohamedParlimen Jeli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perompak Terlena Di Rumah Mangsa

Next Post

Zawawi Lepas Jawatan Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

07/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen dan senator bersara tidak berhak menikmati kenaikan pencen apabila semakan gaji dibuat. Ketika membenarkan...

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

Pemecatan 6 Ahli Parlimen Bersatu Tak Ditakrif Sebagai Lompat Parti – Fahmi

12/07/2024
0

Putrajaya : Pemecatan enam Ahli Parlimen yang merupakan bekas ahli Bersatu tidak ditakrifkan sebagai lompat parti sehingga mereka perlu mengosongkan...

Next Post

Zawawi Lepas Jawatan Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd