• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

oleh
16/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tujuh kluster baharu penularan Covid-19 dikenal pasti, hari ini membabitkan tiga kluster tempat kerja, dua kluster pusat tahanan dan masing-masing satu kluster komuniti dan kluster pendidikan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pendidikan adalah Kluster Sri Layang membabitkan kakitangan institusi pendidikan di Sri Layang, Bentong, Pahang.

Katanya, setakat ini 420 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster itu.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-360,790) dilaporkan positif Covid-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menjelaskan, kluster tempat kerja pula adalah Kluster Jalan Sultan Iskandar (institusi awam di Bintulu, Sarawak), Kluster Jalan Balakong (saringan pekerja syarikat pembinaan di Jalan Balakong, Seri Kembangan, Hulu Langat) dan Kluster Jalan Kia Peng yang membabitkan pusat hiburan menular daerah Lembah Pantai, Kepong dan Cheras.

Selain itu, katanya, Kluster DTI Sandakan, Sabah dan Kluster DTI Lenggeng, Negeri Sembilan adalah dua kluster pusat tahanan. 

“Kluster komuniti pula adalah Kluster Jepak membabitkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355,287) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini membabitkan sebuah majlis yang berlangsung di Kampung Jepak, Bintulu pada 3 April 2021. 

“Sehingga 16 April 2021, sejumlah 402 individu disaring dan daripada jumlah itu 50 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Keseluruhan, katanya, terdapat 1,507 kluster direkodkan di Malaysia dan daripada jumlah itu 1,161 kluster sudah tamat termasuk tujuh yang tamat hari ini.

Mengulas lanjut kluster yang tamat adalah Kluster Jalan Daun, Kluster Jalan Besar Kepong, Kluster Sungai Puteh, Kluster Jalan Kebun Nenas, Kluster Industri TTJ, Kluster Persiaran Hemisfera, dan Kluster Lorong Usaha Utama.

“Sejumlah 346 kluster masih aktif direkodkan.

“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Puncak Borneo (315 kes), Kluster Jalan Bambangan (99 kes), dan Kluster DTI Sandakan (55 kes),” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19kluster
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd