• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Lebih RM48 Juta Milik Bapa Jho Low Kini Hak Kerajaan

oleh
25/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wang lebih RM48 juta yang dirampas daripada tujuh akaun bank milik Tan Sri Larry Low Hock Peng, bapa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, yang didakwa berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.

Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shafinas Shabudin selaku pemohon memaklumkan tiada pihak ketiga yang hadir ke mahkamah untuk menuntut wang RM48,491,064 itu. 

“Notis kepada pihak ketiga tersebut telah dikeluarkan pada 11 Mac lepas, bagaimanapun tiada pihak ketiga yang hadir ke mahkamah hari ini untuk menuntut wang berkenaan. 

“Disebabkan tiada pihak ketiga hadir bagi menyatakan tuntutan terhadap harta yang dicadangkan untuk dilupuskan, pihak pendakwa raya memohon supaya harta-harta dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia,” kata Shafinas.

Larry Low selaku responden yang tidak diwakili peguam juga tidak hadir ke mahkamah.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas prosiding, Shafinas berkata, harta yang terbabit ialah wang berjumlah RM20,784,952.56, RM300,000, RM500,000 dan RM20 juta yang disita dari akaun simpanan tetap dan semasa responden di Bank RHB Cawangan KLCC. 

Menurut Shafinas, wang berjumlah RM6,242,593.10, RM345,496.47 dan RM318,021.95 disita dari akaun simpanan tetap dan akaun semasa responden di Maybank, di cawangan Plaza Gurney di Pulau Pinang. 

Pada 19 Julai 2019, Hakim Mohamed Zaini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang berjumlah RM48,979,500.67 dalam tujuh akaun bank milik Larry Low selepas tiada pihak ketiga hadir di mahkamah menuntut wang terbabit.

Bagaimanapun, kes lucut hak itu didengar semula selepas pihak pendakwaan meminda notis usul bagi memasukkan maklumat berkenaan dua bank yang terlibat di dalam permohonan lucut hak tersebut.

Pada 29 Mac 2019, kerajaan memfailkan tindakan pelucutan sivil untuk membekukan tujuh akaun bank milik Larry Low dengan mendakwa ia adalah hasil daripada kegiatan pengubahan wang haram.

Notis penyitaan bertarikh 17 Jan 2019 yang ditujukan kepada Goh Gaik Ewe, 66, ibu Jho Low, dikeluarkan mengikut Subseksyen 51 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Hingga kini, pihak berkuasa dilaporkan masih berusaha mengesan Larry Low, isterinya Goh Gaik Ewe dan Jho Low untuk membantu siasatan kes membabitkan syarikat pelaburan kerajaan 1MDB. – BERNAMA

Tags: 1MDBJho LowLarry Low Hock Pengwang dirampas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd