• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rancangan Perkenal Cukai Baharu Sekarang

oleh
18/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan cukai baharu ketika ekonomi negara di ambang pemulihan selepas terjejas dengan COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kini bukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan sebarang bentuk regim cukai baharu, sebaliknya fokus kerajaan kini adalah untuk menghidupkan semula ekonomi.

“Kita percaya ketika ekonomi sedang di ambang pemulihan, ia bukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan sebarang bentuk regim cukai baharu.

“Bagaimanapun, Kementerian Kewangan masih mengkaji semua jenis cukai untuk tingkat hasil negara. Saya berpandangan garis masa juga sangat mustahak sebelum keputusan mengenai regim percukaian baharu dimuktamadkan,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan pengenalan regim cukai baharu untuk meningkatkan pendapatan negara termasuk saranan memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, Kementerian Kewangan menjangkakan hasil negara akan meningkat sedikit tahun ini selaras dengan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021.

“Tahun lalu, pendapatan negara menurun akibat penguncupan KDNK tetapi tahun ini kita jangkakan ada sedikit pemulihan hasil kerajaan.

“Kita akan melihat semua jenis regim cukai termasuk GST untuk tingkatkan hasil negara, tetapi selepas ekonomi pulih bukannya sekarang.

“Selepas ekonomi pulih, kerajaan akan kaji semula jalan terbaik untuk memiliki cukai sepatutnya bagi meningkatkan pendapatan negara,” katanya.

Tahun lalu, wujud saranan supaya kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar tiga peratus selepas cukai nilai tambah (VAT) itu dimansuhkan pada 2018.

Ia dikatakan menjadi langkah yang boleh dilaksanakan kerajaan untuk menutup ketirisan hasil negara akibat aktiviti dalam pasaran ekonomi gelap.

GST atau VAT terbukti sistem cukai telus, pengenaan cukai secara meluas dan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian perlu dilaksanakan sebelum sistem percukaian, GST diperkenalkan semula di negara ini selepas kerajaan mengambil maklum cadangan pelbagai pihak termasuk pihak industri, ahli akademik dan orang awam supaya kerajaan memperkenalkan semula cukai terbabit.

Pada perbincangan panel pelancaran laporan utama Bank Dunia, ‘Aiming High – Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development’, awal minggu ini, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Zakiah Jaafar berkata kementerian itu sedang mengkaji untuk memperluaskan asas pendapatan negara termasuk melaksanakan semula GST serta menilai semula pakej insentif cukai untuk mengukuhkannya dan menjadikannya lebih bersasar serta strategik.

Katanya, Kementerian Kewangan akan melakukan beberapa pembaharuan fiskal yang besar untuk mengukuhkan kapasiti pendapatan negara apabila berlaku pandemik dan menyebabkan krisis.

Negara pada masa ini hanya mencatatkan 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk pendapatan cukai, agak rendah berbanding negara berpendapatan tinggi. – BH Online

Tags: cukai GSTcukai nilai tambahEkonomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

02/07/2024
0

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd