• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Akar Umbi Kekuatan UMNO, Ahli 3,359,368 Orang

oleh Mohd Arshad
29/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sokongan dan dokongan ahli UMNO akar umbi adalah kekuatan parti dengan keahlian terkini ialah seramai 3,359,368 orang sementara bilangan cawangan UMNO berjumlah 21,883 cawangan di 191 Bahagian.

Demikian maklum Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam laporannya di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung hari ini di Dewan Merdeka, di sini.

Dengan jumlah ini katanya, menjadikan UMNO masih kekal sebagai parti politik yang terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di Malaysia.

“Saya ingin melaporkan bahawa walau dalam keadaan sukar begini, keahlian baru UMNO telah bertambah seramai 127,214 orang sejak 9 Mei 2018 hingga 26 Mac 2021.

“Sukacita saya melaporkan Persidangan peringkat Bahagian tahun 2020 berlangsung secara serentak di seluruh Negara pada 1hb-3hb Januari 2021 yang melibatkan 190 Bahagian dengan 759 mesyuarat Perwakilan diadakan.

“Syukur Alhamdulillah, tiada kluster Covid-19 berlaku walau puluhan ribu perwakilan telah hadir dalam 759 mesyuarat itu,” katanya.

Jelasnya, PAU 2020 ini telah dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS), diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dibenarkan oleh pihak Polis.

“Kali pertama dalam sejarah 75 Tahun UMNO, Tahun Jubli Intan, Perhimpunan Agung diadakan kombinasi secara bersemuka dan secara maya. Kali pertama dalam sejarah negara kita pada Februari/Mac 2020, pertukaran kerajaan berlaku bukan secara pilihan raya dan Ahli Parlimen UMNO/BN adalah yang paling ramai dalam kerajaan campuran BN, PN, GPS, GRS ini.

“Kali pertama seluruh dunia dan negara kita berperang dengan musuh yang tidak kelihatan iaitu COVID-19 dan merbahaya kepada kehidupan dan kali pertama darurat diisytiharkan di negara ini atas sebab kesihatan. Namun Yang DiPertuan Agong telah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang tetapi sidang Parlimen masih belum juga diadakan.

“Kali pertama politik negara ini amat tidak stabil. Kerajaan ini adalah yang paling tidak stabil dalam seluruh dunia. Pimpinannya sentiasa membilang sokongan Ahli Parlimen hampir pada setiap hari khuatir ada mereka yang menarik diri.”

Dalam laporannya, beliau juga menjelaskan bahawa ‘UMNO Prihatin Rakyat’, ‘UMNO Bantu Rakyat’, ‘UMNO Juara Rakyat’ adalah tema apabila Presiden meminta 191 UMNO Bahagian mengadakan ribuan aktiviti ziarah kasih dan memberi lebih 114 ribu bungkusan makanan kepada pihak yang memerlukan ketika COVID-19 dan banjir melanda.

“UMNO juga perlu bersiap untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 tidak kira bila ianya akan diadakan. Biasanya lepas 3 tahun daripada tarikh satu-satu pilihan raya, parti mesti menumpukan perhatian untuk satu lagi pilihan raya. Tarikh 3 tahun ini hanya sebulan sebelas hari sahaja lagi iaitu pada 9 Mei 2021.”

Sehubungan itu katanya, Pengerusi Biro Latihan di bawah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Pengerusi Biro Naziran di bawah Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi Jawatankuasa Manifesto di bawah Datuk Seri Khaled Nordin dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, semuanya sudah memulakan tanggungjawab gerak kerja di bawah mereka.

Pada akhir laporannya, beliau memberikan dua rangkap pantun berkait iaitu:

Jadilah Orang, Ingin Berubah,
Tidak Semberono, Berkhidmat Rela;
Kita Berjuang, Dengan Tabah,
Semangat UMNO, Terus Menyala,

Tidak Semberono, Berkhidmat Rela,
Bertekad Panglima, Si Anak Jantan;
Semangat UMNO, Terus Menyala,
Demi Agama, Bangsa dan Watan.
– UMNO Online

Tags: PAU 2020Perhimpunan Agung UMNOUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terima 1,908 Ahli Baharu Hanya Dalam Tempoh 8 Jam Pendaftaran ‘Online’ Dibuka

UMNO Terima 1,908 Ahli Baharu Hanya Dalam Tempoh 8 Jam Pendaftaran ‘Online’ Dibuka

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan seramai 1,908 ahli baharu UMNO telah diluluskan dalam...

Golongan Muda Diseru Sertai UMNO, Pendaftaran Keahlian Kini Secara ‘Online’

Golongan Muda Diseru Sertai UMNO, Pendaftaran Keahlian Kini Secara ‘Online’

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak lebih ramai rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd