• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Tertentu Top Glove Didakwa Dihasilkan Buruh Paksa

oleh
30/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) mendakwa produk-produk tertentu oleh Top Glove Corp Bhd telah dihasilkan menerusi penggunaan buruh paksa atau terikat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, jabatan itu mendakwa produk sarung tangan pakai buang tertentu telah dihasilkan atau dibuat oleh pembuat sarung tangan getah dengan menggunakan buruh paksa dan diimport atau akan diimport ke AS.

“Penemuan ini terpakai bagi mana-mana barang dagangan yang dijelaskan dalam Seksyen II kenyataan ini yang diimport pada atau selepas 29 Mac 2021.

“Ia juga terpakai bagi barang dagangan yang telah diimport dan yang tidak dilepaskan daripada tahanan CBP sebelum 29 Mac, 2021,” menurutnya.

Menurut CBP AS, memetik Seksyen 307 Akta Tarif 1930, barang, barang-barang jualan, artikel, dan barang dagangan yang dilombong, dihasilkan atau dibuat sepenuh atau sebahagiannya di mana-mana negara asing oleh pekerja bersalah dan/atau buruh paksa di bawah sekatan penal tidak berhak untuk memasuki mana-mana pelabuhan AS, dan pengimportannya adalah dilarang.

Sementara itu, ketika dihubungi pada Isnin, pihak Top Glove enggan mengulas berhubung perkara itu.

15 Julai 2020, dilaporkan CBP AS telah mengeluarkan perintah tahan pelepasan ke atas sarung tangan pakai buang yang didakwa dibuat oleh buruh paksa di Malaysia oleh Top Glove.

Pada tahun lepas, Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai berkata, pihaknya berusaha menyelesaikan masalah itu.

Top Glove juga telah melantik pihak perunding untuk mengesahkan rancangan tindakan pembetulan yang dilaksanakannya bagi mengeluarkan kewujudan petunjuk buruh paksa daripada amalannya dan setakat Januari, perunding tersebut tidak menemui buruh paksa sistemik dalam Top Glove.

Pada penutupan dagangan Bursa Malaysia pada Isnin, saham Top Glove merosot 10 sen kepada RM5.05. – BERNAMA

Tags: buruh paksaSarung Tangan GetahTop Glove
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

17/04/2025
1

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar aktiviti eksploitasi buruh paksa yang didalangi warga Bangladesh dalam serbuan di sebuah tapak...

JIM Selamatkan Lelaki Jadi Buruh Paksa Bawah Umur

JIM Selamatkan Lelaki Jadi Buruh Paksa Bawah Umur

17/08/2024
0

Shah Alam : Seorang lelaki warga asing bawah umur yang disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa diselamatkan dalam operasi membanteras...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd