Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

Kematian Puteri Diana ‘Bukan...

LONDON - Seorang lelaki bersama pasangannya yang menyaksikan kemalangan jalan raya yang mengorbankan...

Gempa Bumi Sederhana Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di...

Harga Minyak RON97 Naik...

PUTRAJAYA - Harga runcit bagi minyak petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter...

Wujud Konspirasi Jatuhkan Chelsea?

ANTONIO Conte sekali lagi membuat tuduhan berani ke atas penyusun jadual perlawanan Liga...

JIM Selamatkan Lelaki Jadi Buruh Paksa Bawah Umur

Shah Alam : Seorang lelaki warga asing bawah umur yang disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa diselamatkan dalam operasi membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di dua restoran, di sini, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Jafri Embok Taha berkata, operasi itu dijalankan jam 10.30 malam membabitkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Katanya, operasi itu turut menggunakan pendekatan mengenal pasti mangsa

pemerdagangan orang dalam kalangan golongan rentan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.

“Berdasarkan maklumat diperoleh daripada sumber aduan, terdapat sejumlah warga asing yang tidak mempunyai pas sah diambil bekerja dan disyaki terdapat elemen pemerdagangan orang.

“Dalam operasi itu, kami turut menahan 14 warga asing membabitkan empat lelaki dan seorang wanita warga Myanmar, tiga lelaki dan tiga wanita warga Indonesia serta tiga lelaki warga India.

“Semasa operasi dijalankan, seorang pekerja yang menyedari kehadiran pegawai JIM bertindak melarikan diri, namun berjaya diberkas semula,” katanya dalam kenyataan.


Jafri berkata, hasil pemeriksaan dilakukan, pihaknya menahan dua majikan tempatan dan empat saman saksi dikeluarkan kepada individu dikenal pasti bagi membantu siasatan.

“JIM memulakan siasatan bagi melihat kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) iaitu memperdagangkan orang yang juga kanak-kanak untuk dieksploitasi.

“JIM sentiasa memandang serius perkara seumpama ini dan akan meneruskan operasi penguatkuasaan serta mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak didapati melakukan kesalahan pemerdagangan orang di bawah ATIPSOM 2007 (Akta 670),” katanya.

Katanya, JIM mengalu-alukan kerjasama masyarakat jika mempunyai maklumat berhubung jenayah pemerdagangan orang bagi memastikan tindakan undang-undang boleh diambil.

“Ia adalah selaras dengan usaha kerajaan bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

“Sebarang aduan atau maklumat boleh disalurkan ke Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA dengan menghubungi talian 03-88801471 atau melalui e-mel [email protected],” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori