• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Masih Siasat Tan Sri, Datuk Dalangi Kartel Dadah

oleh
09/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan berkaitan tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah antarabangsa yang berpangkalan di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan dilakukan daripada pelbagai sudut termasuk mengenal pasti sejauh mana pembabitan orang kenamaan berkenaan.

“Siasatan menyeluruh akan dibuat dan saya akan memastikan keadilan.

“Dalam menjalankan siasatan, kita perlu lihat segala aspek termasuk sama ada mereka benar-benar terbabit atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang individu bergelar Tan Sri dan dua Datuk adalah dalang utama aktiviti pengedaran kokain di negara ini sejak empat tahun lalu.

Kegiatan mereka sukar dihidu sebelum ini selepas hanya mempamerkan kehidupan seharian dengan terbabit dalam perniagaan sektor perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan pembuatan besi.

Sebaliknya, aktiviti yang menjana kehidupan mewah mereka itu adalah hasil daripada penyeludupan dan pengedaran kokain.

Sementara itu, Razarudin berkata, JSJN sudah memohon untuk menambah bilangan perjawatan di jabatan itu dalam usaha membanteras dadah di negara ini.

Menurutnya, JSJN mempunyai keanggotaan kira-kira 5,000 orang di seluruh negara ketika ini dan ia tidak mencukupi.

Katanya, pihaknya memerlukan 15,000 pegawai dan anggota untuk memperkasakan lagi JSJN. – myMetro Online

Tags: Kartel Dadahpolistan sri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Dapat Gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Patut Pertahankan Institusi Raja

Individu Dapat Gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Patut Pertahankan Institusi Raja

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiap individu yang bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri mahupun Datuk sepatutnya tampil mempertahankan institusi Raja. Pendakwah...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd