• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka 12 Kertas Siasatan Kes VVIP Langgar SOP

oleh
31/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Sebanyak 12 kertas siasatan dibuka melibatkan golongan VVIP yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, bagaimanapun tiga daripadanya tidak diambil tindakan kerana siasatan mendapati individu yang terlibat berada dalam tugasan rasmi serta mengikuti SOP ditetapkan.

“Berkenaan kononnya polis tidak ambil tindakan terhadap VVIP, saya nak nyatakan polis menjalankan siasatan terhadap kesemua kes yang diterima dan dilaporkan.

“Dari awal PKP dikuatkuasakan, terdapat 12 kertas siasatan dibuka dan ada dalam kalangan VVIP ini telahpun dikompaun serta membayar kompaun,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di sini pada Rabu.

Selain itu, berkenaan laporan terhadap pelanggaran SOP pada majlis perkahwinan melibatkan anak seorang ahli Parlimen di sebuah hotel di Seremban, beliau berkata, ahli Parlimen berkenaan telahpun memberi keterangan kepada polis pada Selasa dan keterangan daripada pihak hotel telahpun dirakam.

Huzir berkata, pegawai yang menjalankan siasatan akan mengambil tindakan sewajarnya jika betul berlaku pelanggaran SOP.

“Berkenaan laporan terhadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dikatakan melanggar SOP ketika mengadakan lawatan di Kem Sendayan, Seremban, kita akan merakam keterangan penganjur majlis.

“Kita juga akan merakam percakapan Ketua Polis Daerah Brickfields (Asisten Komisioner Anuar Omar) yang mengesahkan program berbasikal dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin pada 13 Mac lalu mendapat kebenaran untuk dilaksanakan dan mengikut SOP,” katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya, indeks jenayah negara pada tahun lalu menunjukkan penurunan 24 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Ada pelbagai sebab indeks jenayah menurun antaranya pelaksanaan PKP menghadkan pergerakan dan kehadiran pihak berkuasa serta lain-lain agensi di merata tempat.

“Sepanjang PKP, polis juga tidak berhenti menjalankan operasi tangkapan jenayah yang dikenal pasti,” katanya. – Sinar Harian

Tags: perintah kawalan pergerakanSOPVVIP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Kes Zara Qairina: Khidmat Kami Pro Bono, Tertuduh Bukan Anak VVIP – Ram Singh

Kes Zara Qairina: Khidmat Kami Pro Bono, Tertuduh Bukan Anak VVIP – Ram Singh

20/08/2025
0

KOTA KINABALU: Semua peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa membuli Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberikan khidmat pembelaan kepada tertuduh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd