• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ulangi Pendirian Akan Nasihat Agong Bubar Parlimen

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendiriannya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen selepas pandemik Covid-19 dapat diatasi.

Menurutnya, ia bagi membolehkan pilihan raya diadakan dan rakyat bebas memilih kerajaan yang layak untuk memerintah.

“Buat masa ini, berilah ruang kepada kerajaan yang ada untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha mengawal penularan wabak ini,” katanya ketika berucap semasa Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin yang disiarkan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin.

Menurut Muhyiddin, fokus utama kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada masa ini ialah menjauhkan negara daripada krisis ekonomi dan kesihatan.

“Sebaik sahaja pandemik ini berakhir, saya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

“Sehingga waktu itu, saya dan rakan dalam Kabinet akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin,” katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, apabila pilihan raya diadakan, mereka akan menyerahkannya kepada rakyat untuk membuat keputusan sama ada kerajaan PN harus dipilih semula atau sebaliknya.

“Anda bebas untuk memilih dan itulah demokrasi,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Bubar Parlimenpandemik COVID-19Perdana MenteriYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Jawab Soalan Pelajar Sekolah: Ciri-Ciri Generasi Muda, Perdana Menteri Yang Baik Tidak Boleh Lupa Adab

PMX Anwar Jawab Soalan Pelajar Sekolah: Ciri-Ciri Generasi Muda, Perdana Menteri Yang Baik Tidak Boleh Lupa Adab

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa adab merupakan antara ciri penting yang perlu dimiliki seseorang...

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd