• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerima Hati Pertama Meninggal Dunia

oleh
02/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAYANG – Penerima hati pertama negara, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, yang sebelum ini dilaporkan kritikal sejak 13 Februari lalu meninggal dunia pada Selasa.

Berita tersebut dikongsikan Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail yang juga penderma hati kepada Mohd Afiq Ikmal.

Wan Mohd Hafizam berkata, pihaknya menerima panggilan daripada bapa Mohd Afiq, Muhammad Zaini Rahim pagi tadi memaklumkan berita tersebut.

“Panggilan diterima selepas Subuh ketika saya dalam perjalanan pulang selepas berjemaah di surau berhampiran rumah.

“Sememangnya saya terkejut kerana semalam (Isnin) semasa melawatnya bacaan jantungnya normal, namun kita kena reda,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Kongsinya lagi, Isnin lalu beliau bersama pihak keluarga juga sempat membuat panggilan bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.

“Mohd Ali antara individidu yang mengikut rapat proses pembedahan pemindahan hati Mohd Afiq sewaktu menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan ketika itu.

“Walaupun beliau tidak dapat hadir melawat Mohd Afiq, beliau hantar wakil bagi mengetahui perkembangan keadaan terkini Mohd Afiq semalam,” katanya.

Katanya, jenazah bakal dibawa pulang ke Tikam Batu, Kedah hari ini untuk urusan pengebumian.

“Buat masa ini jenazah berada di Unit Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat.

“Saya juga akan pulang ke Kedah bagi menghadiri pengebumian tersebut,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan keadaan Mohd Afiq yang dimasukkan ke Hospital Selayang sejak 13 Februari lalu selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mohd Afiq menjalani pemindahan hati ketika usianya 14 bulan. – Sinar Harian

Tags: meninggal duniaPenerima Hati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd