• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Ambil Tindakan Tegas Demonstrasi Isu Kalimah ALLAH

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang yang berhasrat mengadakan demonstrasi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan undang-undang termasuk di bawah Akta Hasutan 1948 akan dikenakan terhadap mereka yang mengugut untuk turun ke jalan raya sekiranya kerajaan gagal bertindak dalam isu tersebut.

Menurutnya, orang ramai perlu menghormati keputusan mahkamah tersebut selain dinasihatkan untuk mengikut saluran yang betul.

“Sekiranya kita tidak menghormati keputusan mahkamah maka hancur negara ini. Mahkamah diberikan kebebasan untuk membuat keputusan yang difikirkan tepat mengikut Perlembagaan.

“Sekiranya tidak berpuas hati masih ada proses rayuan. Proses itu tidak terhenti di situ kemudian masih ada lagi tidak puas hati, bincang dalam Parlimen. Buatlah undang-undang apa pun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemakaian Sayap Juruterbang dan Penutupan Rasmi Kursus ‘Private Pilot’s Licence (PPL)’ no 18 Siri 01/2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar dan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Abdul Hamid berkata, pihak yang ingin mencetuskan atau membangkitkan perasaan bertindak secara fizikal dinasihatkan supaya tidak bertindak sedemikian.

“Kita sedang berjuang berhadapan dengan Covid-19, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pun saya kerah untuk jaga sekatan jalan raya. Saya tidak mahu FRU dikerah untuk mengawal demonstrasi pula sedangkan saya perlukan kekuatan mereka untuk tugasan-tugasan mengawal Covid-19.

“Jika masih ada berkeras, saya akan ambil tindakan. Saya sendiri akan buat laporan polis dan kita akan ambil tindakan di bawah Akta Hasutan dan sebagainya. Saya berharap mereka berfikir dengan waras,” katanya.

Media pada Khamis melaporkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Razlan Rafii berkata, umat Islam sedia turun ke jalan raya sekiranya kerajaan gagal bertindak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Katanya, sehingga kini kerajaan pimpinan Perikatan Nasional yang diterajui Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilihat masih gagal mengambil tindakan drastik dengan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah itu. – Sinar Harian

Tags: demonstrasikalimah AllahPDRMpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd