• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAU 2020 Dan Ketetapan Halatuju

oleh
29/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter
  1. Alhamdulillah, berakhir sudah PAU 2020, persidangan yang cukup luar biasa – bukan sahaja kerana suasana norma baharu, tetapi juga luar biasa kerana telah memutuskan beberapa perkara besar yang merencana halatuju parti.
  2. Setelah Ucapan Dasar Presiden dan perbahasan-perbahasan jurucakap negeri, usul rasmi yang diterima sebulat suara mengandungi ketetapan berikut:

Tiada kerjasama dijalinkan dengan PPBM untuk PRU-15.

Ini menjadi keputusan dasar parti yang muktamad.

  1. Dengan keputusan itu dan mengambil maklum kesediaan PPBM untuk bertanding di kerusi-kerusi yang sama, UMNO akan terus berikhtiar meningkatkan persiapan untuk pertandingan yang akan berlaku kelak.
  2. Menyedari bahawa;
  • bukan UMNO yang memutuskan bila pembubaran Parlimen dan PRU akan berlaku, dan
  • terdapat tanda-tanda usaha untuk melanjutkan tempoh pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional melebihi tempoh yang dipersetujui UMNO, maka:

Selain usul rasmi, di hujung persidangan, para perwakilan memberi mandat kepada MKT untuk menentukan waktu dan ketika sesuai untuk arahan parti dikeluarkan kepada Ahli-ahli Parlimen dan Menteri UMNO menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional.

  1. Kenyataan beberapa Menteri UMNO yang menyatakan kesediaan mereka untuk meletakkan jawatan pada waktu yang diarahkan oleh parti wajar dilihat sebagai petanda positif kesepakatan untuk akur kepada keputusan parti.
  2. Wujud cadangan dari jurucakap negeri bahawa tarikh penarikan sokongan seharusnya bulan Ogos, iaitu sebaik sahaja tamat darurat. Perkara ini turut diulas Timbalan Presiden dalam ucapan penggulungannya.

Cadangan tarikh Ogos tersebut akan diperhalusi oleh kepimpinan parti. Untuk mengelak sebarang keraguan, mandat yang diberikan kepada kepimpinan parti tidak terikat kepada satu tarikh iaitu Ogos semata-mata.

  1. Tentunya kepimpinan UMNO akan mengkaji segala sudut bukan hanya demi kepentingan parti tetapi juga rakyat dalam membuat keputusan tarikh tersebut.
  2. Berkaitan pertalian dengan parti-parti lain, usul dan ucapan dasar Presiden menetapkan bahawa tiada kerjasama PRU-15 dengan PKR, DAP dan seperti yang telah ditegaskan, PPBM.
  3. Pada masa sama, ucapan dasar Presiden juga jelas menyerlahkan hasrat UMNO untuk terus menjalinkan kerjasama dengan PAS, tanpa ia memberi kesan kepada keputusan-keputusan lain di atas.
  4. Dengan segala ketetapan yang telah dicapai dalam PAU 2020, pertikaian halatuju parti seharusnya dinoktahkan.

Jutaan terima kasih saya sampaikan kepada seluruh perwakilan yang mengikuti persidangan bersejarah ini baik di WTC Kuala Lumpur atau di bahagian masing-masing. Penghargaan tidak terhingga juga kepada urusetia, pegawai, Skuad Sabil dan semua pihak yang menjayakan PAU2020 daripada belakang tabir.

Kepada yang pulang ke kawasan masing-masing, saya doakan agar anda semua selamat sampai ke destinasi berbekal semangat baru untuk menjayakan agenda parti, melalui usaha memperoleh sokongan daripada rakyat.

SHAHRIL HAMDAN
Ketua Penerangan UMNO Malaysia

Tags: PAU 2020Perhimpunan Agung UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan semua pihak termasuk sekutu politik supaya tidak melanggar tiga 'garis merah' semata-mata kerana parti itu menjadi...

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berhenti bergantung kepada sejarah sebaliknya merangka pelan hala tuju jelas sebagai persediaan menghadapi tempoh 24 bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd