• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri, Timbalan Menteri Sepakat Berkhidmat Kepada Rakyat

oleh
30/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua menteri dan timbalan mencapai kata sepakat untuk bersama dan terus berkhidmat kepada rakyat.

Menurut beliau, kini adalah masa untuk memberi tumpuan sepenuh hati pada agenda membela rakyat.

“Politik berpada-pada. Provokasi tak perlu menjadikan kita gundah gulana, sekarang kerja rakyat tumpuan utama kita.

“Semua menteri dan timbalan mencapai sepakat untuk bersama dan terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya di Facebook pada Selasa.

Pada petang Isnin, menteri UMNO difahamkan hadir dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Pertemuan tersebut berkemungkinan diadakan susulan desakan segelintir pemimpin UMNO yang meminta menteri dan timbalan menteri daripada parti itu dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) meletak jawatan.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Ahad memberi tempoh hingga Ogos ini untuk kerajaan PN membubarkan Parlimen dan jika tidak, seluruh ahli Parlimen UMNO akan menarik sokongan kepada PN.

Mengulas lanjut Annuar berkata, keputusan telah pun dicapai dan keletihan selepas selesai PAU masih terasa.

“Semangat semakin membara kerana masa depan parti tercinta belum terjamin sepenuhnya. UMNO wajib cemerlang bersama parti sahabat bila PRU15 tiba,” ujar Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh. – Sinar Harian

Tags: anggota KabinetMenteritimbalan menteriUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd