• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Arab Saudi Meterai 3 MoU

oleh
10/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Tiga memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani sempena lawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi yang berakhir semalam.

Perdana Menteri dan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Raja Salman menyaksikan majlis menandatangani MoU berkenaan selepas kedua-dua pemimpin bertemu dan berbincang di Istana Al Yamamah di sini, lewat petang kelmarin waktu tempatan.

Tiga MoU berkenaan mencakupi komitmen kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang pengurusan jemaah haji, pembangunan Islam dan dakwah serta majlis kerjasama peringkat menteri luar kedua-dua negara.

MoU berkenaan ialah berkaitan penubuhan Majlis Penyelarasan Saudi-Malaysia (SMCC), kerjasama berkaitan pengurusan jemaah haji yang dinamakan Perkhidmatan Laluan Makkah (Mecca Road Services) dan Hal Ehwal Islam dan Dakwah.

MoU SMCC adalah berkaitan komitmen kedua-dua negara di peringkat menteri luar untuk mengadakan perbincangan dan konsultasi secara berkala dalam semua bidang.

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein manakala Arab Saudi oleh rakan sejawatannya, Putera Faisal Farhan Al-Saud.

MoU berkaitan pengurusan haji membabitkan persetujuan kedua-dua pihak untuk memudahkan jemaah Malaysia melakukan ibadah itu daripada aspek imigresen, logistik dan pelepasan.

Ia ditandatangani Hishammuddin bagi pihak Malaysia dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Abdulaziz Saud Naif.

Secara umumnya, MoU berkenaan bertujuan mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara bagi memudahkan kemasukan jemaah haji dan umrah ke Arab Saudi serta apa juga perkara berkaitan ibadah itu.

Di pihak Malaysia, ia turut membabitkan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Kewangan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Lembaga Tabung Haji.

Persefahaman yang bakal dipacu sebuah pasukan penyelaras itu akan bermuafakat dalam soal permit, penerbangan, kehendak kesihatan, visa dan penerbangan.

Bagi MoU berkaitan hal ehwal Islam dan dakwah, Malaysia dan Arab Saudi bersetuju bekerjasama dalam bidang berkaitan dakwah dan akidah, latihan akademik serta penyelidikan, masjid dan kebudayaan Islam selain Al-Quran dan Sunnah.

Ia akan dikendalikan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang secara umumnya membabitkan pertukaran ilmu dan maklumat berkaitan bidang berkenaan.

Hishammuddin mewakili Malaysia menandatangani MoU berkenaan manakala Arab Saudi oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Akidah, Sheikh Dr Abdullatif Abdulaziz. – BH Online

Tags: Arab SaudiMalaysiaMoUUAE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Yakin ASEAN Terus Jadi Tonggak Keamanan, Kestabilan Serantau

Malaysia Yakin ASEAN Terus Jadi Tonggak Keamanan, Kestabilan Serantau

25/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama politik, perundangan dan keselamatan serantau bagi memastikan ASEAN kekal sebagai rantau yang...

Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul

Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan rundingan perjanjian perdagangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd