• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Perkahwinan, Akikah, Hari Lahir Dibenarkan

oleh
02/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk membenarkan penganjuran majlis sosial di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk semua majlis sama ada rasmi dan tidak rasmi yang dianjurkan kerajaan atau swasta.

“Selain itu, majlis perkahwinan, resepsi, pertunangan, akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan majlis sosial lain juga dibenarkan.

“Majlis perkahwinan untuk pasangan bukan Islam juga turut dibenarkan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, jumlah kehadiran ke premis di kawasan PKPB adalah 50 peratus daripada keluasan premis.

Sementara, di kawasan PKPP ia boleh mengikut keluasan premis dengan syarat ada penjarakan fizikal.

Beliau berkata, kebenaran itu juga turut diberikan untuk penganjuran seminar, mesyuarat bersemuka, persidangan, bengkel, kursus, latihan, pameran perdagangan dan acara mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

“Had kehadiran di kawasan PKPB adalah 50 peratus dari segi keluasan manakala di kawasan PKPP mengikut keluasan premis asalkan ada penjarakan fizikal,” katanya. – myMetro Online

Tags: akikahhari lahirmajlis perkahwinanPKP 2.0PKPB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mufti Pahang Nasihat Sajat Henti ‘Binasakan’ Diri Sendiri

Next Post

Kes Baharu Covid-19 Menurun Kepada 1,555 Kes

Related Posts

Resolusi UNSC Mengenai Gaza Gagal Tangani Isu Penting – Mapim

‘Banyak Kali Kami Call.. Tiada Respons, Akhirnya Terpaksa Masak Sendiri’

25/12/2023
0

Seremban: Sekeluarga terpaksa memasak hidangan makanan kepada tetamu bagi majlis perkahwinan dianjurkan gara-gara pihak jurusaji tidak memberikan maklum balas pada...

Pekerja Diberi Cuti Bergaji Pada Hari Lahir, Janji BN

Pekerja Diberi Cuti Bergaji Pada Hari Lahir, Janji BN

07/11/2022
0

BN menjanjikan cuti bergaji pada hari lahir pekerja sebagai mengiktiraf sumbangan golongan terbabit. Ikuti Mynewshub: Telegram Menurut manifesto yang dilancarkan malam...

Next Post

Kes Baharu Covid-19 Menurun Kepada 1,555 Kes

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd