• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Banyak Kali Kami Call.. Tiada Respons, Akhirnya Terpaksa Masak Sendiri’

oleh Mohd Arshad
25/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Resolusi UNSC Mengenai Gaza Gagal Tangani Isu Penting – Mapim
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban: Sekeluarga terpaksa memasak hidangan makanan kepada tetamu bagi majlis perkahwinan dianjurkan gara-gara pihak jurusaji tidak memberikan maklum balas pada saat akhir.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Abang kepada pasangan pengantin terbabit, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, dalam kenyataan menerusi Facebook berkata, pihak jurusaji itu sepatutnya menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu dan pelamin.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, keluarganya kerugian RM13,000 bagi majlis perkahwinan yang berlangsung semalam di Dewan Maktab Rendah Sains MARA Serting.

“Untuk makluman semua, kami telah menjadi mangsa penipuan. Katerer ditempah oleh adik kami tidak hadir. Banyak kali kami cuba call (telefon) tapi tiada respons.

“Jadi kami adik-beradik memilih masak sendiri. Hanya kemampuan kami siapkan dalam anggaran 400 pax (bungkus) makanan… itu pun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman,” katanya.

Burhanuddin turut memaklumkan pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol pada malam sebelum majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Burhanuddin berkata, keluarganya juga bercadang mengajukan kes berkenaan ke peringkat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau merujuk kes ke pihak peguam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan kes disiasat Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

HarianMetro-

Tags: jurusajimajlis perkahwinan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Cadang Neelofa, PU Riz Dikompaun Langgar SOP

13/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail...

Majlis Perkahwinan, Akikah, Hari Lahir Dibenarkan

02/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk membenarkan penganjuran majlis sosial di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd