• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Harga Insuran Motor Tak Turun Semasa COVID-19? – Najib

oleh
14/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAYA rasa ianya tidak adil untuk pemilik kereta tetap membayar premium insurans yang sama harga pada ketika peluang penggunaan kereta telah menurun akibat perlaksanaan Work from Home, PKP/PKPB dan juga pada ketika jumlah pampasan dibayar syarikat insurans bagi kemalangan dan kehilangan kereta telah turun mendadak.

Kerajaan BN dahulu telah melaksanakan liberalisasi insurans motor dan takaful motor secara berperingkat bermula 1 Julai 2017 yang sepatutnya selesai pada tahun 2019.

Tujuannya ialah untuk menjadikan insurans motor lebih adil dan untuk menurunkan harga insurans bagi kebanyakan pengguna.

Namun saya diberitahu bahawa hasrat ini tidak dipenuhi selepas PRU14 dan harga insurans motor tidak berubah dengan ketara.

Sebagai contoh, jumlah kemalangan jalan raya turun 26.3% ke 418,237 kes pada tahun lepas berbanding 567,516 kes untuk tahun 2019 akibat perlaksanaan PKP dan sekatan rentas negeri.

Jumlah pencurian kereta dan motorsikal bagi separuh tahun pertama 2020 juga turun 39% daripada 5,512 ke 3,340 buah akibat PKP.

Ini meneruskan trend penurunan 6 tahun berturut-turut bagi jumlah kecurian kereta akibat sistem keselamatan kereta yang semakin canggih.

Jadi, persoalannya ialah jika kes kemalangan dan kecurian kereta turun begitu ketara tahun lepas dalam keadaan sektor insurans motor sudah diliberasasikan, kenapa pula harga insurans kereta tidak turun?

Adakah berlakunya kolaborasi harga (price collusion) dalam industri insurans motor Malaysia yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Persaingan 2010 diluluskan kerajaan BN dahulu masa saya PM?

Bank Negara Malaysia sebagai badan bertanggungjawab perlu pantau atau suruh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang juga ditubuhkan bagi menguatkuasa Akta Persaingan 2010 untuk menyiasat agar keadilan diberi kepada pengguna.

Saya tulis posting ini setelah membaca artikel ditulis bekas pengarah MOSTI, Encik Raman Letchumanan. – FB Najib Razak

“Are motor vehicle insurers profiteering from Covid-19?”
https://www.malaysiakini.com/columns/566493

Tags: Covid-19Insurans MotorNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd