• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Integriti Cabaran Besar PDRM Kembalikan Kepercayaan

oleh
24/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tanggal 25 Mac 2021, usia Polis Diraja Malaysia (PDRM) genap 214 tahun dan sepanjang tempoh itu pelbagai cabaran dihadapi pasukan keselamatan negara – daripada menangani ancaman komunis hinggalah jenayah kolar putih serta jenayah siber pada masa kini.

Walau apa pun, matlamatnya tetap satu iaitu mengekalkan ketenteraman awam, keharmonian, keselamatan dan keamanan negara.

Sepanjang tempoh itu, PDRM dipimpin 12 Ketua Polis Negara dan setiap satu mempunyai cabaran masing-masing.

Jika kepemimpinan terdahulu lebih tertumpu dalam mengurangkan indeks jenayah, menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam, tetapi dalam alam siber atau era digital kini cabaran paling besar ialah mewujudkan semula kepercayaan masyarakat terhadap pasukan keselamatan itu.

Perubahan yang berlaku membuatkan pasukan keselamatan itu sentiasa perlu melengkapkan kepakaran dalam pelbagai aspek kerana setiap perkara – sama ada baik atau buruk – dalam sekelip mata setiap kejadian boleh menjadi ‘viral’ atau tular.

“Misi pertama saya adalah untuk mengembalikan keyakinan orang ramai kepada PDRM, memperbaiki imej PDRM, satu tugasan yang amat berat tetapi saya yakin… itulah yang akan saya tumpukan untuk mengembalikan imej PDRM.

“Yang penting sekali, untuk mengembalikan imej (PDRM),” tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam wawancara pertama beliau bersama Bernama selepas menjawat jawatan nombor satu dalam pasukan itu.

Perkara itu sering dilontar dalam kebanyakan temu bual kepemimpinan PDRM itu bersama media sejak beliau memegang jawatan itu dua tahun lalu.

Beliau turut mengakui tidak malu untuk membuka pekung berhubung masalah dalam pasukan itu demi membersihkan Sang Saka Biru daripada elemen rasuah dan salah laku.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Zamri Yahya pernah mendedahkan terdapat segelintir pegawai kanan PDRM hidup mewah ala orang kaya dengan menerima hasil suapan ribuan ringgit antaranya membiarkan kegiatan sindiket pengedaran dadah berleluasa tanpa pengawasan dan tindakan polis.

Selain rasuah dan salah guna kuasa, turut menjadi cabaran pasukan itu ialah kes jenayah rentas sempadan; usaha membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Low Teak Jho atau Jho Low untuk dihadapkan ke muka pengadilan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB); penipuan dalam talian yang dikaitkan dengan pembabitan anggota dan pegawai polis; dan terbaharu dakwaan terdapat kartel dalam PDRM berhasrat mendominasi pasukan itu demi kepentingan mereka.

Di sebalik semua cabaran itu, PDRM tetap cekal dalam melaksanakan tugas dan amanah mempertahankan keselamatan negara dan menjaga ketenteraman awam dan sambutan Hari Polis adalah sebagai tanda memperingati jasa dan pengorbanan 130,000 warga PDRM kepada rakyat dan negara.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kecuali tahun lalu, Hari Polis yang ke-214 pada 25 Mac disambut serentak di seluruh negara dengan mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Tiada sambutan bagi Hari Polis tahun lalu berikutan pandemik COVID-19 yang menyebabkan negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 yang membataskan pergerakan dan majlis-majlis sosial baik rasmi atau tidak rasmi.

Tahun ini walaupun ada sambutan, sudah pasti ia diadakan dalam cara dan suasana berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana ia dilaksanakan dalam keadaan norma baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Perbarisan kawalan kehormat oleh anggota dan pegawai serta pelbagai aset PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini pada pagi Khamis bakal dijalankan dalam suasana pematuhan SOP yang ketat. – BERNAMA

Tags: PDRMpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd