• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang Negara Masih Di Bawah Had Statutori

oleh
18/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jumlah hutang negara berada pada 54 peratus setakat akhir Februari dan kekal di bawah had statutori yang ditetapkan iaitu 60 peratus, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau menjelaskan, berdasarkan pengiraan had statutori, nisbah hutang kerajaan Persekutuan merangkumi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) dijangka pada 58.5 peratus menjelang akhir tahun ini.

“Akhir Februari, statutori adalah 54 peratus dan hutang keseluruhan 57.8 peratus. Kedua-dua masih di bawah had statutori yang ditetapkan.

“Malah, tahun lalu jumlah hutang negara berada pada 58 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan kerajaan Pakatan Nasional (PN) melanggar undang-undang had statutori hutang langsung yang dinaikkan sendiri dan tersalah membuat unjuran fiskal.

Menurut Najib di laman Facebook, kerajaan PN mengakui bahawa nisbah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 62.2 peratus pada akhir tahun 2020.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, jumlah hutang kerajaan Persekutuan dijangka meningkat kepada RM975 bilion berikutan langkah suntikan fiskal baharu berjumlah RM11 bilion menerusi pakej rangsangan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Walaupun dengan mengambil kira PEMERKASA yang menyaksikan hutang negara meningkat, namun kita jangkakan ia akan berada pada 58.5 peratus menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kadar defisit Malaysia dijangka mencecah enam peratus daripada KDNK tahun ini, berbanding unjuran awal 5.4 peratus yang ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul menegaskan, negara berupaya untuk mengurangkan defisit fiskalnya dengan memberi menumpukan kepada agenda konsolidasi fiskalnya.

“Buat masa ini, saya percaya penting untuk memastikan ekonomi negara terus berfungsi semasa tempoh krisis kesihatan ini,” katanya. – BH Online

Tags: hutang negarastatutori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Geng Tikus Tumpas

Dewan Rakyat: Hutang Negara Meningkat Kepada RM1.08 Trilion

10/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Hutang Persekutuan pada akhir 2022 merekodkan sebanyak RM1.08 trilion, meningkat sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2 peratus berbanding...

Hutang Negara Termasuk Liabiliti Cecah RM1.5 Trilion

Hutang Negara Termasuk Liabiliti Cecah RM1.5 Trilion

17/01/2023
0

PUTRAJAYA - Negara kini berdepan bebanan hutang sebanyak RM1.2 trilion dan jumlahnya mampu mencecah sehingga RM1.5 trilion sekiranya digabungkan bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd