• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Zulkifli Nasihat Sajat Serah Diri

oleh
09/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamarzzaman atau dikenali ramai dengan nama Nur Sajat dinasihatkan supaya menyerah diri kepada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya bulan lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.

“Saya ingin menasihatkan saudara Sajat supaya berjumpa dengan pegawai JAIS, dan selesaikan isu ini secara baik, supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang, dan saya sudah berbincang dengan pegawai-pegawai JAIS mengenai isu ini, apa yang saya lihat tindakan oleh JAIS adalah sesuai dengan keadaan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan kepada kira-kira 150 petugas badan keagamaan kerajaan di dewan Kompleks Darul Kifayah di sini hari ini, Dr Zulkifli berkata Sajat juga tidak seharusnya mengungkapkan kata-kata seolah-olah berhasrat untuk keluar dri agama Islam.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menggerakkan satu jawatankuasa hal ehwal agama atau Jawatankuasa Pemandu bagi menangani isu atau aktiviti yang berkaitan dengan penyelewengan ajaran Islam,” katanya.

Januari lepas Nur Sajat tidak mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Mahkamh Tinggi Syariah Shah Alam kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik berumur 36 tahun itu selepas dia tidak hadir semasa sebutan semula kes berkenan, bulan lepas.

Sementara itu Dr Zulkifli berkata, tahun lepas Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengumpul zakat berjumlah RM758 juta, berbanding RM688 juta pada tahun sebelumnya.

“Kutipan zakat meningkat 11 peratus dan ini akan membantu MAIWP mempelbagai skim bantuannya kepada kumpulan asnaf,” katanya dan menambah jumlah kutipan itu meningkat disebabkan pertumbuhan ekonomi negara yang baik.

Beliau berkata antara skim bantuan yang ditawarkan MAIWP adalah sumbangan bulanan, bantuan sewa rumah, bantuan Al-Gharimin, bantuan Ibnu Sabil, bantuan perubatan, bantuan peralatan sekolah, di samping skim bantuan perkahwinan, persediaan untuk pendidikan ke peringkat tingi, bantuan kepada agensi kebajikan serta aktiviti perniagaan dan pertanian.

Menurutnya tahun ini Baitulmal-MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM20 juta khusus untuk memberi pelbagai bentuk bantuan kepada asnaf di pulau ini yang terjejas pendapatan mereka susulan meletusnya pandemik Covid-19. – BERNAMA

Tags: dr zulkifli mohamad al-bakriJAISMuhammad SajjadNur Sajat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

05/11/2025
0

SHAH ALAM: Pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Afsari di Saujana Putra di Kuala Langat yang 80 muridnya tidak dapat...

Pelajar Maut Kena Renjatan, JAIS Arah Sesi PdP Dihentikan

Pelajar Maut Kena Renjatan, JAIS Arah Sesi PdP Dihentikan

21/12/2024
0

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sebuah sekolah agama di Serdang dihentikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd