• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Maut Kena Renjatan, JAIS Arah Sesi PdP Dihentikan

oleh Mohd Arshad
21/12/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pelajar Maut Kena Renjatan, JAIS Arah Sesi PdP Dihentikan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sebuah sekolah agama di Serdang dihentikan serta-merta, susulan kes seorang pelajarnya meninggal dunia akibat renjatan elektrik, Rabu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata, langkah itu bagi mengelak kejadian berulang dan memudahkan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, JAIS bersama Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor/Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pihak sekolah melawat lokasi kejadian pada Khamis lalu.

“Kita menunggu laporan rasmi siasatan Suruhanjaya Tenaga Selangor berhubung keselamatan bangunan itu untuk digunakan.

“JAIS juga akan meminta laporan agensi teknikal lain dan pihak PDRM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rabu lalu, seorang murid lelaki Tahun Enam maut dipercayai akibat renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang.

Mohd Shahzihan berkata, laporan khas akan dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), kerajaan negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam masa terdekat.

Katanya, Sekolah KAFA Integrasi Manbaul ULUM, Taman Sri Serdang, Seri Kembangan didaftar di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan) 2001 yang ditadbir Lembaga Pengurusan Sekolah.

Beliau berkata, JAIS turut mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar berkenaan.

“JAIS berharap semua pihak Lembaga Pengurusan Sekolah KAFA atau sekolah agama swasta di Selangor sentiasa memantau perkara membabitkan keselamatan guru dan pelajar di sekolah dan mengambil tindakan segera,” katanya.

BHonline-

Tags: JAISPDPpelajar maut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

12/05/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang semua sekolah di bawah pentadbirannya mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat...

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd