• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

oleh Mohd Arshad
05/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Afsari di Saujana Putra di Kuala Langat yang 80 muridnya tidak dapat menduduki Ujian Penilaian al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) 2025, sudah beberapa kali diberi peringatan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya mendaftarkan operasinya.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata semakan mendapati sekolah swasta itu tidak berdaftar dengan jabatan berkenaan mengikut ketetapan Seksyen 12 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Negeri Selangor) 1988 (Pindaan 2001).

Jelasnya, SRI al-Afsari sebelum ini menggunakan nama SRI al-Fakri, iaitu sekolah yang mendapat kelulusan pendaftaran penubuhan baharu secara sementara dari 29 November 2012.

Setelah tamat tempoh pendaftaran sementara itu, beliau berkata, JAIS memberi peringatan supaya permohonan pendaftaran penuh dibuat, namun SRI berkenaan tidak mengemukakannya.

“Hanya pada 21 Disember 2023, JAIS menerima permohonan pendaftaran penuh daripada SRI al-Afsari dan JAIS akan mempertimbangkan pendaftarannya setelah pihak sekolah melaksanakan kurikulum yang ditetapkan oleh pihak jabatan.

“Selain itu, setelah berjaya mendapat pengesahan status kesihatan dan keselamatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), juga selepas mendapat kebenaran merancang, iaitu penukaran status rumah kedai kepada institusi pendidikan.

“SRI al-Afsari tidak dapat didaftarkan di bawah undang-undang kerana masih tidak mendapat sokongan JBPM dan tiada kelulusan PBT untuk kebenaran merancang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan menjelaskan, oleh kerana sekolah berkenaan tidak berdaftar dengan JAIS, maka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku penganjur UPKK tidak memberi laluan kepada murid sekolah berkenaan menduduki UPKK 2025.

“Untuk makluman, UPKK adalah peperiksaan dianjurkan JAKIM dan JAIS ialah badan perantara bagi Selangor yang tertakluk kepada syarat menduduki peperiksaan ditetapkan JAKIM,” katanya.

Beliau berkata, JAIS amat berharap insiden itu menjadi pengajaran kepada semua agar sentiasa akur dengan undang-undang mahupun ketetapan dikuatkuasakan JAIS dan JAKIM.

“Ibu bapa serta penjaga juga dinasihat memastikan anak-anak hanya dihantar ke SRI yang berdaftar dengan JAIS bagi mengelakkan mereka menghadapi masalah,” katanya.

Mohd Shahzihan juga menasihatkan umat Islam berhenti mempersoal atau membangkitkan sesuatu isu tanpa mendapatkan fakta sebenar dan terus menyalahkan institusi agama tanpa usul periksa.

“Tindakan menuduh tanpa usul periksa boleh membawa kepada fitnah. Perbuatan fitnah tidak menguntungkan sesiapa, melainkan hanya menimbulkan kegusaran dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Ia juga, katanya, mendatangkan persepsi buruk terhadap peranan pihak berkuasa agama, termasuk Sultan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAKIM.

BHonline-

Tags: JAISUPKK
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

12/05/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang semua sekolah di bawah pentadbirannya mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat...

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd