• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Kurnia 143 Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat

oleh
23/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 143 individu bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2021 di Istana Negara, hari ini.

Mendahului senarai penerima istiadat sesi pertama, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima darjah SUMW ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain itu, 15 individu dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Suhaime Mahbar; Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan turut menerima darjah kebesaran SMW. 

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi antara 41 penerima darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima PMW lain termasuk Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin; Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju dan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Mongin.

Selain itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Arthur Joseph Kurup juga antara penerima PMW. 

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong; Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Wan Saiful Wan Jan; Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz dan penggiat seni serta budaya, Datuk Habsah Hassan turut menerima darjah PMW. 

Pada istiadat itu, seramai 21 individu dianugerahkan Darjah Johan Mahkota Wilayah (JMW), 26 orang menerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 11 individu dianugerahkan Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 27 orang penerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW). 

Turut hadir pada istiadat itu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – BERNAMA

Tags: bintang dan pingatdarjah kebesaranHari Wilayah PersekutuanYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Terima Mengadap Delegasi Majlis Olimpik Asia

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Terima Mengadap Delegasi Majlis Olimpik Asia

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap delegasi Majlis...

Agong Menerima Mengadap Mufti Johor

Agong Menerima Mengadap Mufti Johor

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad. Menurut Laman Facebook Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd