• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,576 Kes Baharu Covid-19, Sarawak Tertinggi Hari Ini

oleh
19/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,576 kes baharu positif Covid-19 dalam negara dengan Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi pada hari ini apabila melaporkan terdapat 407 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor pada hari ini mencatatkan sebanyak 348 kes, diikuti Kuala Lumpur (175), Pulau Pinang (182), Johor (137), Perak (100), Melaka (54) dan Kelantan (52). 

Menurutnya, Negeri Sembilan pula mencatatkan 41 kes, Sabah (33), Kedah (25), Pahang (13), Terengganu (6), Labuan (2), Putrajaya (1) dan Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

“Kes baharu pada hari ini menjadikan kumulatif 330,042 kes positif Covid-19 dicatatkan dalam negara setakat ini.

“Daripada kes baharu yang dilaporkan itu, sebanyak 1,565 kes membabitkan penularan tempatan, manakala 11 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan luar negara,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Menurutnya, pada hari ini juga dilaporkan kes sembuh mengatasi kes baharu apabila mencatatkan sebanyak 1,996 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes berjaya dirawat setakat ini adalah 314,457 kes.

Katanya, seramai 151 pesakit masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 57 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Dua kematian dilaporkan hari ini membabitkan warganegara dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,225 kes atau 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd