• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Ketua Sindiket Pengedaran Dadah Terbesar Ditahan

oleh
23/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang mengetuai sindiket pengedaran dadah terbesar negara ini berjaya ditahan polis, Jumaat lalu. 

Wanita berusia 38 tahun itu turut mempunyai dua pucuk pistol semi automatik jenis Glock bagi menjaga keselamatannya.

Kegiatan sindiket berkenaan berjaya dihidu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Bukit Aman selepas enam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, Jumaat lalu.

Timbalan Pengarah Narkotik, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil serbuan berkenaan menemui 240 ketulan mampat heroin ‘base’ yang bernilai RM7.8 juta.

“Serbuan pada jam 4 petang sehingga 9.20 malam menerusi Ops Mocking Bird itu turut menahan lima lelaki termasuk suami wanita berkenaan berusia 22 hingga 46 tahun.

“Polis turut merampas dua pistol jenis Glock bersama sembilan peluru 9mm dan 16 peluru 0.45mm di salah satu lokasi serbuan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan mendapatkan bekalan dari Myanmar dan Thailand.

“Ketulan berkenaan akan dijual kepada pelanggan sebelum pelanggan memproses sendiri dadah berkenaan.

“Setiap ketulan mampat heroin ‘base’ itu boleh menghasilkan 22 kilogram dadah jenis heroin,” katanya.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati empat dari enam suspek positif dadah jenis methaphetamine.

“Tiga daripada suspek turut mempunyai enam rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

“Polis menyita lima kenderaan bernilai RM300,000 dan merampas wang tunai RM75,000 menjadikan nilai keseluruhan yang dirampas berjumlah RM8.2 juta,” katanya.

Katanya, semua individu terbabit direman selama lima hari bermula 20 sehingga 24 Februari dan akan dibuat permohonan sambung reman.

“Polis kini sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengesan sama ada terdapat saki-baki ahli sindiket berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – myMetro Online

Tags: polissindiket pengedaran dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd